Please correct me if i’m wrong….

0 comments

Okay, this is situation, u said u are frenz, but of course some circumstance u can share something with ur frenzkan? tapi thing like u go somewhere with someone that ur so called frenz will know her…eventually memang kenallah…i don’t know apa salahnya kalau terus terang jea kat aku…entah apa yang difikirkan oleh minah…terrible sorry kalau terbaca and terasa…just feel anxious….dan rasa diperbudak2kan….

Firstly, aku x kisah ko nak keluar dengan sapa, dengan dajal pun gua x kisah. Tapi when i ask u, u keluar dengan orang tue, then u jawab x, then u mmg keluar dengan dia….the best part it, aku tahu dari orang lain dan aku pun x minta orang tue kasi tahu aku. Tapi just sudden lepas borak dgn minah nie, dia tercakap perkara tue…well forget sake…kenapa nak cover…ko ingat aku dengki sangat ke kalau keluar dengan orang lain…kalau keluar dengan beruk pun aku x kisah…as long as you happy dahlah…tapi at the end….u create situation jadi complicated. Aku x faham kenapa ko nak deny sangat…ko ingat aku akan fikir lain…ko ingat aku nie apa…suka hati kolah…lepas nie ko jangan cakap aku x peduli…aku nak gila…aku apa ke? So ko rapat dengan dia…ko x pernah rapat dengan aku pun…susah aku nak cerita hal aku pada ko…ko bukan nak cerita hal ko sangat…malaslah nak layan…

Dan minta maaflah….aku ada beberapa kawan baik…ada yang dah kahwin dan ada yang belum…yang boleh aku cakapkan….kawan aku walaupun seteruk keadaan dia, dia tahu aku akan faham kenapa dan mengapa…kawan kita pun ada kawan2 yang lain yang rapat dengan dia…walaupun aku sebenarnya x kenal diaorang sgt, kawan aku akan cerita pasal kawan2 yang lain nie….so secara x langsung kita kenal kawan kita tue…then dari situ kita akan tahu kawan kita macam mana orangnya juga…then kita accept dia, accept background dia….xdalah terperanjat pegi jumpa kawan dia, kita jadi kekok ke? u knowlah what i means, kalau anim baca mesti dia faham….aku rasa ayu pun…aku rasa sue onn pun boleh faham kot….aku rasa kawan aku dulu nama joan, stephen or gunan ke pun boleh faham….susahlah nak cakap….

The things kenapa nak bohongkan? karang katakan aku keluar dengan satu orang nie….then aku x cakap…..ha? buat rebonding pun nak marah aku x tentu pasal….niekan pulak macam nie…orang bodoh jea xtahu orang tue marah ko….walaupun….after i thought everything is clear, aku pun x rasa semua clear….backstapped is everywhere….true frenz only u know who….thanks god there still a few….

Kesimpulannya, baik aku clearkan kepala hotak aku sendiri….oh ya cakap pasal kawan baik…maybe esok hari terbaik untuk visit my best tue…emmm…..well why not?

P/S: Ada advise x?

More

Kita merasa….

3 comments

Kita sebenar ada merasa antara kita

Tapi kita mengelak dan menafikan

Kita merasa tidak mungkin

Kita cuba bersikap biasa biasa sahaja

 

Antara kita mungkin ada rasa

Tapi terpengaruh dengan budaya

Kita dikekang agama

Dan kita hanya tahu beda saja

 

Tapi kita cuba juga mengatakan

Bahawa kita sebenarnya terbuka orangnya

Menerima orang se adanya

Tapi sebenarnya kita masih kolot

 

Kerana akhirnya,

Kita sendiri sebenarnya tidak dapat menerima

Hakikat diri kita yang sebenarnya

Yang berselindung di sebalik keputihan

rupa paras dan penampilan

 

Dalam diam kita kecewa dengan diri kita sendiri…lalu…eemmm

 

Nukilan Elle (111109)

More

Apa macam?

0 comments

Tada…kih222…jangan tension2…jangan hempas keyboard…tapi inilah kenyataan…samar2 sudah berubah wajah macam penampilan baru owner dia juga, kira baru gaklah, si author samar2…sapa lagikan? ehem222,,,,,ada orang sedang membara nampak….okay saje nak tukar angin mendung dan kadangkala hujan ke serata negeri dengan memfollow trend blogging terkini, iaitu magazine…tapi for sure korang sedang menyampah dengan header aku ala2 nak promote dan kasi tahu yg aku penguna fb yang tegar….

Well, nak hapdet sikit,,,what have i been done lately, kalau sapa tgk fb tue tahulah, memanjang hapdet status jea…and kalau tengok kat bahagian notes kat fb tue kadangkala aku letak puisi and mostly lagu…just nak share interesting influence yang aku ada lately. Now nak promote some movie yang dapat catch dalam pc i. satu movie tajuk across the universe, adalah filem musical yang ditayangkan beberapa tahun lepas and maybe ramai x perasan filem ini, Filem ini mengandungi lagu-lagu beatles and my latest influence right now ‘hey jude’…pegilah cari sendiri….

Across the Universe, basically menceritakan perjuangan rakyat amerika and britain untuk menamatkan perang vietnam ketika itu dengan pelbagi cara mereka mampu iaitu macam demo, macam melalui lukisan and macam2 lagi. Dalam cerita ini adalah unsur2 kehidupan hippi, percintaan, persahabatan dan isu gay lah…yang hidup pada zaman tersebut. Cerita memang menarik (lagi2 kalau tahu lagu2 beatles) dan mamat anderson memang hensem dan cool….

Filem seterusnya, adalah filem The Deadly Tsunami, filem ini ada kat youtube, filem memang menarik dan memang filem asia yang sangat baik. Story line pun touching, biasalah filem korea ada perempuan buli lelaki. Aku rasa part action tsunami paling menarik ialah bila time kontena-kontena tue jatuh. Menyesal tak catch kat pawagam hari tue. Aku rasa ini semua pasal ada orang cuba compare filem ini dengan filem hollywood…so pasal rated banyak yang rendah…filem ini aku ragu-ragu nak tonton sampai anim cakap best aku still ragu-ragu…tapi after tonton ini memang bagus and boleh jadi benchmark untuk filem asia.

The next filem adalah filem Malaysia, pernah dengar filem Gadoh, filem ini pun ada kat youtube, sebenarnya filem ini free screen dengan umum dalam beberapa function terutamnya di sekolah. Tapi masa MASKARA hari tue, DVD filem ada dijual. Filem ini mestilah ditonton dengan minda terbuka, aku salut cerita ini kerana berani dedahkan apakah duri yang lama ditanam dalam hati Masyarakat Malaysia terutamanya antara kaum Cina dan Melayu. Ini menyebabkan kita selalu memikirkan dan syak wasangka antara satu sama lain dan terus terusan menindas sesama kita tanpa mendapat apa-apa manafaat. Filem ini patut ditayangkan pada umum…itupun kalau pihak pentadbiran Malaysia ini berani ambil risiko.

Cukup semua filem, dari hollywood, asia dan malaysia, bukan 1MALAYSIA dah ini, dah kira 1DUNIA tau…

Selain daripada menonton filem ini, ada perkara lain berlaku, nantilah gua cerita next entri, hint dia adalah pertemuan dengan RAMians, RAHSIA dan kawan lama….until then enjoy my new layout….

More

Maskara Shorties 2

1 comments

Sabtu, 30 Oktober 2009

Dalam renyai2 dan kadang2 lebat hujan petang, meyulusuri jalan menuju ke rumah pena setelah sempat membeli makan malam iaitu burger dari restoran yang berpatungkan badut….menonton hampir 23 filem dalam satu malam selama hampir 4 jam lebih…filem pendek jea…

Berikut adalah filem-filem yang sempat kami tonton…

1. Melayu di jalan Melayu

Inilah adalah filem pertama ditonton, sebelum tayangan di pindah dari dalam rumah ke laman rumah pena selepas hujan berhenti. Masa ini tak concrete sangat dan x faham, yang aku tahu seorang lelaki mengambil kesempatan atas kedaifan seorang buta.

 

2.Chasing cats and cars

Filem ini memang sempoi, seorang cina dan seorang melayu bercakap telefon di sebuah hospital dnegan rakan masing2…ending kaki berjalan memang ngeri,,,xlah ngeri, kelakar adalah….

 

3. The tree

Ini tgk online jea…ini pasal interview dgn dato nik aziz berkenaan faedah dari menanam pokok dari segi Islam.

 

4.Taman di sinkiku…

abstrak…cuba tidak menjual visual tapi menjual bunyi

 

5.bertukar

ada ke…x ingat pun

 

6.Pintu

Sangat deep and menyentuh perasaan…dapat merasakan perasaan si anak…

 

7.Benting (indonesia)

Menarik, pada mula ingatkan mak dia akhirnya rotan anak dia dengan tali pinggang rupanya jadi lain dan nampak nilai keluargaan yang ingin disampaikan..benting tu adalah tali pinggang

 

8.frankies go to gua tempurung

rakaman direct perjalanan naik motor dari klcc ke gua tempurung….

 

9.kimeru…(indo gak)

filem jepun dari indonesia yang menarik…kimeru bermaksud memutuskan dan ko akan ingat memutuskan cinta tapi akhirnya pasal putuskan rambut….cute

 

10. aci baca sajak

apabila penjual kopi tenaga batin membaca sajak berkenaan si pembeli kopi…hilarious.

11.Kakmin

Pernah tgk interview dekat blog brother ajami….sangat touching….can’t describe…

 

12.my perfect ana

Gambaran apabila isteri anda adalah robot….buat ko menyampah giler kat lelaki celaka tue….funny gak cause mula2 ko xtahu wife dia adalah robot…

 

13.saya kacak

Macam siut….

 

14.melayu tujuh

like music akhir dgn visual angguk2 geleng2

15.carwash

visual menarik…story thrilll

 

16.Detik 10

x faham...visual jea menarik

 

17.hidup tidak dipinta

ini pasal amirul…visual memang kelas tahap iklan and sedih penuh pengajaran…

 

18.Pemburu buaya darat

Ini adalah cerita paling menhiburkan malam tu, kelakar dan penuh makna mendalam…x boleh tahan virus pupuskan lelaki adalah B1N1….kelakar siut…

 

19.hangus

pun kelakar gak, pasal rompak bakal bapak mertua sendiri….cerita pasal rokok sebagai bahan semulajadi memang lawak

 

20.PSYCHOPUMP

Cerita pasal kucing jalan undur….kucing yg comel macam tgk powerpoint gambar kucing2 dengan ayat2 macam love is what the helll….ala2 macam tue hehehehe….

 

21 yang lain2 macam x ingat sangat…nanti kalau ingat gua hapdet balik….

 

apa2 hal layari www.sol-jah.blogspot.com untuk review lain…tapi lepak menonton wayang pacak dalam renyai hujan sehingga hujan pun xda dah…

More

Papadom vs Lembing Awang Pulang ke Dayang

5 comments

  vs

I went out today dan tgk dua filem dengan accompany berbeza, firstly tgk Lembing Awang Pulang Ke Dayang dengan anim dan fasha, secondly balik rumah then tgk papadom dgn kak eina, itu kebetulan dapat redeem dgn kupon.

Firstly, sori tue anim sebab x inform u pasal review memang kedaung. Tapi pasal wa expect u will like it the film (cause ko memang suka story dahulu kala), and wa x sangka banggang sangat sampai macam nie.

Tapi bila baca title lembing Awang Pulang ke Dayang mengingatkan aku pada abg ram, i baca title nie dgn membayangkan abg ram bagi hadiah lembing kat isteri dia yang kebetulan nama pun dayang hehehehe….boleh tak gitu, unexpectlly juga bila tgk papadom remind me of Miasara RAMFC…..maybe dah lama mengabaikan ramians kat sana….Sori guys, sorilah pasal abaikan u allkan…walaupun dah janji before this to back to myself….anyway…

Aku xnak cerita pasal lembing nie, cause boleh katakan taraf dia lagi bawah dari drama melayu kat tv1 and seriously boring. Aku keluar aku rasanya suku kot of the stories line. So forget about it, bukan pasal filem melayu ke, tapi kalau nak bagi orang sokong silalah buat baik2 yea…dalam masa yang sama, rasa filem indo, lebih2 lagi before filem nie tayang,  ada trailler satu filem indo akan datang yang jadikan silat sebagai attraction…come on, kenapa org kita yang byk buat drama pasal silat2 nie…xda idea buat filem silat macam tue…..stop copy bollywood or hollywood style…cubalah buat style sendiri and terapkan elemen tempatan….stop juga tiru gaya japan, thai or korean….kalau nak capai tahapi macam mereka…kita kena buat style sendiri…..

Tapi xda semua filem Malaysia teruk, cuma tak suka thinking lepas batuk kat tangga nie….obvious menyampah….

Anyway papadom buat aku lega and gembira….memang patut filem ini diangkat sebagai filem terbaik Malaysia yang lepas. Mungkin elemen kekeluargaan dan masyarakat muhibbah adalah style Malaysia dan ia patut ditiru oleh pembikin filem Malaysia yang lain dengan style mereka tersendiri. Bukan tiru cerita yea…

Rasanya elemen kekeluargaan memang berjaya,,,,,Aziz M.Osman selalu guna elemen kekeluargaan sebelum hadirnya Arwah Yasmin Ahmad dalam industri filem lagi. Kalau tahu esok masih ada, pendek kata filem jins shamsuddin pun pasal keluarga juga.

Dalam papadom banyak scene buat kita ketawa dan balik masih ketawa lagi. Aku salute Norkhiriah yang melakonkan wataknya sebagai isteri afdlin yang dah mati dengan appearance yang sgt kelakar….it was really a fun movie and touching in term of family value….

Lakonan farid kamil lebih menarik berbanding lembing awang tue…byk juga dialog dalam filem yang best…contohnya…’confuse baik dan mcm bawang’…it was really kelakar tgk karakter que haidar dalam cerita nie…

Dialog double menaning, mcm kawan farid kamil suruh cuci belakang dia lepas main bole sebab tangan x sampai….macam siut jea…

Dialog yang menangis dan buat den teringat bapak den sendiri bila anak dia tanya sampai bila bapa dia nak sibuk hal dia and ambil pusing hal sendiri pulak. Guess what, ur father xkan berhenti even ur dah kahwin…trust me, memang xkan…

Klah apa2 pun korang tgk sendiri ka…..kalau ada juga teringin nak tengok lembing awang, pegilah beli buku dia…buku rasanya lebih baik…pada Abid yang nak buat filem berdasarkan buku Abg RAM….plz jangan jadikan filem2 tue macam filem si awang nie…i will bakar panggung tue tau….amaran keras…bukan i bakar pun…frodo ada tolong bakarkan kan….kan nain kan….

To all frenz, this how i spent my weekend…what about guys? next week cerita kenduri kahwin pulak….

More

Masa untuk berubah

6 comments

Ha senanglah hati kawan2 bila baca part nie, musim menuai telah tiba, gitu. The thing is i’m back….i feel like myself back. So nothing will stop lepas nie.

Aku akan bangun semula diri aku yang rapuh gara2  ada insan cakap x serupa bikin. Kadang2 ko akan tersepit antara satu manusia yang mula2 ko ingat frenz rupa dia sama jea dgn orang yg dia x suka. Hipokrit pun betul jugak.

Malas aku nak cerita. Anyway, time to move forward. Aku nak ignore dan start building myself from zero to hero. Hopefully berjaya.

Kepada kawan2 yg prihatin, thank you very much. Really appreciate it. Kepada kawan sedang melalui saat susah, sory aku xda masa tue. Tapi sekarang aku dah ada balik dan still luv ur guy madly deeply true.

More

Makan time

0 comments

Bila kita sedih kita makan, bila kita gembira pun kita makan juga…cuma cara makan, venue mungkin berbeza…takdalah jugak tempat2 makan nie dapat gembirakan aku, kenyang jea adalah….

first time kat chili….

.IMG0098A

 IMG0100A

IMG0101A

IMG0102AIMG0103A IMG0104A

recommended pada yg rasa tanpa was-was

IMG0150A IMG0151A IMG0142A

IMG0144A

 

IMG0145A

IMG0138A

IMG0146A

IMG0149A

Between this two place, prefer new york2 lagi pasal environment pun best, food dia memang superb dan berbaloi, harga x mahal sangat. New York2 dekat 1U depan Cold Storage tingkat bawah Parkson. This is their site. So sapa nak join next time?

More

Great Lost…

4 comments

I have great lost yesterday……this entries is for my record and dedicated to the women beside my mother and my sis, who i known love me love truly and tenderly…..my grandmother…

In Great and Loving Memory of Chumeh Binti Babjan…..(1914-2009)

 

Last raya is the last raya i have with my grandmother…we treasure people when we lost them, we treasure it more when we know the person will not be return back to us.

Al-fatihah.

More

Mencari Boyfreinds Untuk Dijual

2 comments



 Ada sapa nak lelong boyfreinds dekat aku...kriteria mestilah :

1. pemalas
2. xda duit
3. xda keje
4. xda transport
5. don't come with brain

tapi yang penting

6. Muka hensem

at least senang hati bila tgk muka, kalau semua xda, muka pula x hensem, susah gak......cepat22 sapa nak lelong, anak ikan akak dah tinggal sikit nie....

p/s: Harga mestilah boleh dibawa berbincang....kalau x boleh, belakang kita settle mari...
More

Rasa jadi mangkuk pulak

5 comments

Sekarang nie giliran diri sendiri merasa jadi mangkuk. Betapa mangkuknya aku sekarang…jangan ditanya kenapa or mengapa or bagaimana cause dah tak terlarat rasanya melayan derita dan kerenah dunia...,,biarlah rasa macam nak bawa diri jap….Bye222 World….travel in my own world….dreammmm22222222…..mangkuknya aku nie…dah jangan layan!

More