11 February 2007

Kempen Membaca vs EXPOSE WAR CRIMES: Criminalise War

Petang hari-hari menganggur saya, saya telah pergi berkujung ke pesta buku. Niat hanya untuk membeli buku Ramlee Awang Murshid terbaru. Dengan hasrat lain dapatlah membeli buku bacaan kanak-kanak untuk anak-anakku. Tapi semua atas belas ehsan kak long ku. Dari duit asuhan anak-anaknya, kami mencari sesuatu yang berbaloi dan bernilai, aku pula sambil menyelam minum air. Selesai merayau satu 'booth' ke satu booth, kami yang kebosanan kerana booth pameran hanya sedikit lalu mengangkat langkah menuju pameran yang lain. Dalam laluan yang melalui pentas utama dapat dilihat pelakon Fahrin sedang memperkatakan sesuatu tentang minat membaca. Tapi Fahrin hanya seketika sahaja kemudian mengundur diri ke tempat 'shooting' katanya. Teruja juga hati bila melihat Fahrin walau pun tak gagah untuk bersalaman dengannya yang sudah dikerumun orang ramai. Ah sudah, gagah diri naik ke tingkat empat, anak2 ku pulak sudah letih tadi di pameran buku, si kecil sudah tertidur, si abang baru terjaga, sampai tingkat 4 kena beratur pula. Sepadan dengan muka, hari terakhir baru nak datang menjengah, padahal hari-hari lain bukan buat apa pun!



Ruang pameran tingkat 4, PWTC memang menjanjikan pameran yang lain, dari kedatangan yang menginginkan sesuatu saya pulang dengan trauma dan keinsafan. Terlihat bilik penjara yang kecil dan siksaan yang bertindan-tindan, saya menginsafi berapa beruntung diri yang boleh berkongsi bilik dengan adik tapi lebih selesa dari tahanan-tahanan Abu Gharib sendiri. Itu pun penuh rungutan. Gambar-gambar askar celaka yang tersenyum membuat penyeksaan pada tahanan-tahanan memang sukar dimaafkan. Apalah yang mereka dapat daripada penyeksaan-penyeksaan ini! Jiwa ku penuh gelodak, apalah gunanya tak mampu berbuat apa, hanya memanjat doa sahaja! Nak lihat sendiri, sudah terlambat, tapi info tentang pameran ini ada di sini!



Pulang terkejar-kejar pulak memikirkan rancangan tv menampilkan mr.manager, tapi takde pulak dia di kaca tv. Naik menyampah pulak bila tengok prensenter lelaki tergagap-gagap tak tahu apa nak cakap. Apalah byk promote diri sendiri, diaorang nie kena uji bakat atau tidak?Takda penonton pun gagap, kalau ada penonton macamana pulak~! Bagilah pada yang benar2 profesional, barulah best~! Ni dahlah pulak dengan kandungan rancangan rasanya mengellirukan jea, sekejap2 keluar montaj program, ingatkan iklan, mengelirukanlah! Anyway, hope coming episode will be more interesting, lagi pun i memang suka vocal group. Dari dulu sampai sekarang masih minat KRU, Innuendo apa lagi. Rasanya group2 sekarang belum boleh mengalah otai2 dulu! Apa kurangnya? aku rasa takde brand yang kukuh sgt! Dulu kita boleh bezakan cara rappers KRU, 4u2c dan NICO. Sekarang ini konsep urban yang dipertengahkan oleh diaorang2 takde beza sangat, byk sangat nyanyi lagu cover version. I still think takda sapa boleh kalahkan innuendo punya vocal!



Hari sabtu lepas, dapat dah majalah astro untuk bulan Mac, cover AF5, nampaknya Aznil still da'prensenter. Oklah tue kan dia memang best, cuma dah kurang gentle jea sekarang. Kalau tengok repeat episode yang asyik diulang dekat channel @15, boleh tengok perubahan2 tingkah laku Aznil. Well boleh kata progress jugak...hihihi! diaorang punya tagline tahun ini kuasa tarikan AF5 melanda Malaysia, macam sesuai untuk banjir jea..hihihi! Ada jea benda lain dalam kepala otak aku ni! Hope this time adalah yang menang tue betul2 worth untuk menang AF nie, i don't think former winner are worth for Malaysia Industry. Tapi kalau tgk trek selebriti macam sama jea muka. Kalau ikut audition dua-dua rancangan nie, terbukti ramai jantan Malaysia nak jadi macam Mawi, takde zaman sinaran yang paling perempuan jea! Hihi, takde singing contest yang betul2 balance sekarang. Masalahnya diaorang yang masuk tue pun tak balance sgt!



oklah, kita tengok jea macamana masih best rancangan yang lama atau bertambah best rancangan yang baru! Chow...

No comments:

Post a Comment