23 April 2007

Jalan2 Cari Pasal

Berapa juta hari yang berlalu nie..mmg byk perkara yang berlaku...cuma tak sempat nak catatkan...like last week i gie tgk konsert af5 minggu ke-5 kat dewan sivik...dapat tiket free..mula dpata seat kat tingkat atas and then dapat tukar turun tingkat bawah pasal ramai tak datang. So, masa kat atas tue dah dapat tgk mak ebi dari dekat, mula2 ingat sapa rupanya mak ebi. And then, the show tak best sgt..cuma sorak2 tue yg best. Mmglah boleh nampak sgt pertikaian besar antara penyokong Dafi and penyokong Aizat, macam alah2 kes dkt Ijok baru2 nie...tapi tak sampai pecah dewan tue. Aku rasa kesian kat diaorang nie, yang diaorg dua tu ok jea, diaorg kat luar nie pulak over act pulak. Mungkin diaorang ambil nasihat pengkritik kot!. Tapi set kat bawah tak best sebab duduk sebelah makcik nie dgn anak



dia macam serius jea muka, anak dia pulak pegang sepanduk aswad, tapi dia kena dengar mak dia cakap naikkan sepanduk or tururnkan sepanduk, rasanya mak bdk nie gunakan anak dia, sebenarnya dia yang sokong aswad. So, dalam konsert tue tak boleh gambar until konsert end. Tapi dah malas pasal pkl 12, kitaorg tak jadilah ambil gamabr..ada satu keping tapi tak clear.



Lepas tue byk berjalan juga dua tiga minggu nie....I dgn family ada pegi PD and seronok jugaklah and fun too. Kakak aku tak fahamlah cara jaga anak, si adik tue boleh dibiarkan jea sampai terpelanting di pukul ombak...nasiblah ok, cuma budak ala2 traumalah jugak bila malam hari, si abanglah memang tak mandi langsung penakut! Tinggallah makcik2nya jea yang mandi, syok gak, tapi sebab main pegi jea tak budget apa2, so sekejap jea kitaorg santai and then blah jea masa pkl 12.



So dalam seminggu dua jugak rajin pegi Taman Tasik Perdana, syok jugak tgk playground kat situ, best sgt, aku nasib baik dah besar kalau tak mesti aku main sekali join diaorg nie. Pasal apa masa kecik2 dulu takde semua nie. Ini dah tua macam nie baru ada benda alah macam nie, kalau takde orang aku dah join dah tue...ingat dulu selalu pegi Taman Jaya, aku mesti main panjat2 kat snaa...dulu benda panjat besar gedabak..sekarang dah ntahapa2 benda tue, maybe sebab dangerous...but suka sgt benda alah tue...tapi skrg kat sana ada peralatan untuk org tua...so sesuai untuk aku buat senaman, rasa2 k.red ada gi sana bila tgk picture dalam blog dia bebaru nie...entah2 satu hari boleh terserempak kot!



Masa dkt taman tasik perdana, tiba2 we four sister terujalah naik shuttle bus, dulu masa sekolah kat2 situ aku pernah naik sekali, masa tu kira takde keje, buatlah keje merepek. Lepas tue aku and adik teringat masa sekolah dulu kitaorang kena masuk merentas taman...selalu tak dapat markah untuk pasukan pasal selalu jalan tak larat..pekejadah merentas taman, dulu mula2 aku dengar kena merentas taman rasa kelakar sgt, yealah setahu dulu merentas desa adalahkan...sekolah aku konon great school, tu buat merentas desa. Ada one year sempena 100 anniversary sekolah aku tue kitaorg kena jogathan dari sekolah masuk taman tue hingga kena lalu kat platnetarium...mmg nak mampus rasa masa tue....aku alah2 asma, aku rasa bab lari2 serahlah pada orang lain. nak jadikan ayat naik shuttle bas tue, adik aku cakaplah nak bagi si abg and adik naik, padahal apa diaorg tahu pasal seronok shutlle bas nie...aleh2 tgk adik tido jea sedap kena angin masa naik tue, kitaorg makcik2 yg over acting.



So, lepas dah dapat keje baru nie, kakak aku mula buat financial plan untuk aku, apa aku patut bayar or beli. So, aku katalah nak beli kereta myvi jea, cukuplah bajet. Tiba2, diaorg plan nak beli Naza terus, diaorg kata muat semua org. Ekelah, macam org dah kahwin aku dibuat diaorg nie, aku dahlah anak diaorg panggil ibu, nak beli kereta pun kena fikir diaorg sekali. Byk cekedak betul, ok gak beli Naza, sebab diaorg kata diaorg boleh minta bapak aku trade in dia punya toyota corrolla tahun berpa ntah, and then aku boleh bayar installment dalam rm500 sebulan...canteeeklah tue! tapi dia pakai byk minyakkan.



Overall, quite exeting jugaklah...maybe next week nak pegi tgk wayang 'Jangan Pandang Belakang' and then nak gi naik eye on Malaysia tue....aku pun byk jugak plan untuk cuti2 Malaysia tahun nie. Antaranya tunggu.........so sesapa nak cuti2 lain macam ke france or other europe country boleh gie site wenk, dia boleh bagi budget and plan yg bagus, sorilah wan kawan kata dia dah plan dia vacation lak, hari tue dia macam tak plan pun...oklah kalau rajin nanti upload gambar aktiviti2 yang dinyatakan di atas....chow cin cau!!!



p/s: Today i write Malay..bukan pasal i marah tapi suka hati i jea...kih2





1 comment:

  1. haha.

    wan tak kisah pun.. skrg ni pun mmg musim mengawan.. ramai sgt apply...

    slow slow la ye! heheh

    wan nak away jap... 21 april hingga 11 mei..

    till then

    ReplyDelete