06 May 2008

Cerita Hantu Malaysia - Episod Nasi Hantu















Dekat pukul 11 malam, suasana macam malam2 lain bila semua family member dah membuta dan tinggal anda sorang jea x tido lagi dan kelaparan. Apa anda akan buat?




tido juga walau x mengantuk?



buat x tahu jea?

atau

ambil kunci motor abg ipar dan lenjan motornya bawa round2 kawasan gerai makan rumah anda?





















So, aku pilih 'atau' mula2, sebab ingat ada option lain lagi, pedajal org lain suruh belikan makanan ke? tapi orang yg aku nak dajalkan xda plak....so pedajal diri sendiri. Nasi hantu x seram pun tapi sedapnya akan memanggil2 anda ke gerai jualannya di Pantai Dalam dalam sedar atau tak sedar. Nama saintifiknya Nasi Kukus, nasi kukus adalah sejenis nasi yang diletak dalam mangkuk kecik dan dikukus, bahan2 lain tak diketahui pulak....bila dibungkus pula, ia dibungkus bersama ayam goreng berempah yang akan and bau rempahnya dari jambatan motor dekat dengan stesyen komuter pantai dalam lagi. Dengan lauk2 pauknya yang simple jea, sebab memang dia akan letak lauk yang sama jea, x boleh pilih2 lauk, boleh pilih ayam grg mana satu anda nak jea, anda pasti akan ketagih saban hari, kalau tak pun, seminggu sekali mesti nak pekena gak. Lama2 anda imun, sebulan sekali jea. Kih2.....



















Nasi yang digelar nasi hantu oleh banyak orang kat PD nie, memang laku, silap2 masa time anda beli tuelah time ayam dah habis or nasi baru nak masak lagi, memang meraung menunggunya. Tapi selalunya orang xkan berganjaklah. Punyalah maju dalam setahun lepas, sekarang dan buka retsoran dekat jalan gasing depan stesyen petronas. Salutelah kat mat2 kelantan nie. Bawa resepi nun dari Darul Naim, cari rezeki kat Pantai Dalam, sekarang dah berjaya udahnya. Tapi warung/gerai tepi jalan tetap maintain. Itulah namanya strategikan. Nama kedainya D'naim Nasi Kukus k?



6 comments:

  1. cam besh jer.. tp, apsl org panggil nasik antu? musykil2..

    ReplyDelete
  2. sebab rasa yang best sgt, berhantu kiranya, lepas makan masih rasanya menghantui anda lagi sampai hari ini, ini dah berapa hari nie, tgk berapa berhantunya....entahlah orang PD yng panggil nasi hantu, sedap giler katanya.....

    ReplyDelete
  3. eleeeh ingat cerita hantu

    ReplyDelete
  4. elehh...igtkn real py story..hmmmmmmm.

    ReplyDelete
  5. nc 2 de pnunggu..

    ReplyDelete