18 July 2008

Preview Hijab Sang Pencinta II - Original Version




Kampung Punggor, Johor

MENJELANG lewat petang, selesai menguruskan urusan ALLAH, Saifudin mencuba-cuba pakaian Dani. Seluar jeans dan t-shirt berjenama. Kemudian berkaca di cermin. Dia tercengang sendiri. Melihat dirinya di
cermin seperti menyaksikan orang lain yang menyerupai wajahnya. Seluar jeans terasa mengetat di pinggang, paha sehingga ke hujung buku lali. T-shirt pula muat-muat badan. Tubuh sasanya terpamer.
    “Pakaian apa ini?” Bisik Saifudin sendiri.
    Tali pinggang kulit berkepala besi bersaiz besar terjuntai. Dia tidak tahu bagaimana hendak memasangnya. Disimpul seperti mengikat sampin tapi terasa liat dan susah. Ditarik...dipaksa juga sehingga simpulan dibuat. Terasa kejap dan mengetat di pinggang. Bahagian ari-ari terasa sempit. Saifudin sukar bernafas. Mulutnya ternganga sedikit untuk menghirup udara. Wajahnya menjadi kemerah-merahan menahan ‘kesakitan’ yang dialami. Dia cuba bergerak tetapi terkaku. Seperti robot yang tidak lengkap sendi-sendi lipatan anggota badan. Seperti tarian puppet yang terkenal pada era 80-an dahulu.
    “Subhanallah...seksanya.” Keluh Saifudin.
    Saifudin terundur-undur. Langkahnya jadi sumbang kemudian jatuh ke lantai. Bunyi debukan kuat menyebabkan Khasnan dan Sairah menerpa masuk ke bilik tanpa terlebih dahulu mengetuk pintu. Mereka suami isteri tergamam melihat keadaan Saifudin. Laksamana Sunan berusaha bangkit dan berhasil berdiri dengan sekuat tenaga.
    “Ada persalinan yang lebih cocok?” Saifudin menahan malu.
    Keadaan Saifudin pada pemerhatian Khasnan dan Sairah tidak ubah seperti seorang rockers yang tidak menjadi. Pakaian Dani yang disuruh pakai kelihatan janggal. Sairah menyembunyikan senyuman, lekas-lekas keluar dari bilik. Khasnan pula terus membantu.
    Tanpa bersuara apa-apa, Khasnan lekas meleraikan ikatan tali pinggang yang disimpul. Membuka butang jeans, menarik zip ke bawah. Masa inilah Saifudin bernafas sepuas-puasnya. Dia merasa seperti
‘nyawanya’ dipulangkan semula.





Ini adalah preview kedua novel Hijab Sang Pencinta dari epik laksamana Sunan, untuk mengetahui bila ia akan trbit di pasaran, mari menyertai group RAMFC untuk mendapatkan info terbaru mengenai novel RAM..



Google Groups

Subscribe to Ramlee Awang Murshid Book Club (RAM FC)

Email:

Visit this group

1 comment:

  1. Sekarang ni dah RAM dah kuar novel baru kan? ape ke namenyer..tp sambung dari trilogi novel ni jgk..

    ReplyDelete