21 November 2008

Petualang siber II





Hari ini aku berhajat nak keluar-keluar mengharung kota raya banget ini, tapi diskusi buku yang menarik dengan ulat-ulat buku dan peminat-peminat seorang penulis novel thriller novel satu di Malaysia membuat kaki sebelah ku masih lagi tidak mahu bergerak. Terdetik pulak, apa sihir kelab ini guna membuat hari-hari aku tidak lagi sunyi dek fikiran kosong dan cetek orang-orang sekeliling. Kelab buku yang bukan saja bicara tentang buku tapi juga diskusi-diskusi hebat mengenai isu semasa. Alang sudah sebelah kaki masih melekat di kerusi, sebelah kaki tadi yang bagai hendak bangun rapat kembali selesakan duduk ku ini.

Bila ketukan pintu bertalu-talu terpaksa melangkah meninggalkan kerusi yang makin malas jadinya. Bapaku berdiri di depan dengan muka sudah melebihi separuh abad dan penyakit parkinson yang dalam kawalan kata doktor, dan tangannya melambai gaya mengajak ke bilik tidurnya. Macam biasa mahu bicara, tapi hati petualang siber nie tidak mahu tinggalkan komputernya, megikut juga dengan sikit hentakkan kaki tanda merungut.

Duduk bapaku di kerusi rehat yang ku dan adik beradik hadiahkan sempena harijadinya. Dan aku pulak duduk di katil. Maka mula hatiku menjadi rawan bila bapa bercerita tentang masa depan bukan saja aku malah kakak yang telah bersuami. Rawan yang meremukkan hati ini, entah di mana hendak di bawa. Kenapa bila bapa bicara terasa diri tidak berguna hendaknya. Terasa tiada apa-apa aku boleh lakukan tunjukkan bakti seorang anak padanya. Sedih dan kecewa mengenangkan perasaan bapa tidak habis risau mengenai aku dan yang lain-lain. Hati bertambah remuk bila bapak yang sakit mula berbicara tentang nenek dan datuk. Sedih yang tidak tahu di mana mahu diadukan lagi. 

Hai, pada umur bersaranya, dia tidak pernah bersara menjadi bapa, mengingat anak tentang masa depan dan harapannya yang tidak pernah pudar tapi kenapa aku rasa terbeban dengan semua ini. Kenapa aku rasa terbeban? kenapa? Maka larilah aku darinya dan cuba mencipta dunia ku dengan harapan aku sendiri. Dengan doa kelak dia akan lihat bagaimana dengan tidak-tidak aku ini akhirnya penuhi harapannya. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment