08 December 2008

Kopi

 
Setelah kehilangan tabiat minum cola secara rutin. Aku kini boleh dikategorikan sebagai penagih kopi. Ada banyak sebab mengapa kopi menjadi ketagihan aku. Pada asalnya, agak sukar untuk aku menagih kopi memandangkan keluarga lebih kepada minuman dari jenis teh dan coklat. Tapi aku kerana aku pernah tinggal dengan nenekku, jadi aku berpeluang merasa nikmat meminum kopi. Datukku pula ketika itu seorang pelanggan tegar di kedai kopi cina di sekitar pekan Kuala Selangor. Kedapatan aku menjadi cucunya seorang sahaja yang tinggal bersama mereka tatkala itu maka aku bagaikan anak emas mengikut saja orang tua itu ke mana-mana. Namun, setelah setahun aku kembali tinggal semula dengan keluarga, maka haruslah dilupakan minuman kopi yang lazat bancuhan nenekku dulu.

Ketika masuk ke Politeknik, aku yang belum pernah tinggal di asrama mula mengenali segala jenis minuman 3in1. Walaupun di rumah aku juga handal menyediakan ten tarik untuk minuman bapakku, namun kehandalan terhakis jua bila mula menganli minuman segera ini. Mula dari situ aku mula meminum semula kopi untuk menhilang ngantuk untuk menelaah pelajaran tatkala musim peperiksaan atau musim kertas projek perlu dihantar. Dengan wang biasiswa berbagai jenis minuman segera aku mencuba dari cappucino ke moccha ke latte. Sehingga belajar minum-minum petang di Starbuck atau Coffeanbean.
Melihat kegilaan aku ini, ada juga rakan pejabat sekarang dan kawan baik menegur tabiat yang kurang elok dikatakan. Dan pelbagai fatwa dan fakta di hantar ke kotak mesej elektronikku. Rasanya semua lebih kepada sebagai bentuk perlian dari nasihat. Bagiku tanpa kegilaan adalah manusia yang bosan. Seperti mana ada manusia tergila akan buku-buku karya Ramlee Awang Murshid. Ada juga manusia tergilakan barang-barang berjenama, ada juga manusia yang begitu tergila akan aktor hindustan dan sangat mengalu-alukan aktor kesayangan di berikan Dato'. Pelbagai kegilaan lagi....
Entri ini bukan jawapan kepada kegilaan aku cuma aku membawa kepada kegilaan ditunjuk Faizal Tahir pada acara Juara Lagu tahun lalu ketika beliau sepatutnya membawa lagu nyanyian beliau yang layak ke peringkat akhir. Kegilaan beliau mungkin hampir menjatuhkan beliau tapi manusia tanpa kegilaan bukan manusia yang akan diingat kerna Faizal Tahir setelah menghadapi pelbagai eksiden dalam karier seni beliau kini berdiri lebih gah berbanding dulu. Kerana betapa teruknya tabiat, kegilaan seseorang tidak akan mencacat cela beliau di mata orang lain selain ia akan berdiri sendiri dengan lebih gah kerana ada benda lain yang tiada tolok banding boleh dilihat orang terhadap insan bernama Faizal Tahir. Jika tidak percaya, kenapa anda masih menjadi antara penyebab dia layak sekali lagi dengan dua buah lagu ke peringkat akhir Juara Lagu?
Apa kena mengena dengan minum kopi, mungkin aku boleh sesuatu nanti dengan kegilaan aku bukan dijadikan ukuran. Selamat Hari Aidiladha....apa korban tahun ini. Saya banyak perlu diusahakan lagi.
Cuba -Faizal Tahir

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa
Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu
Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa
Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu
Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku
Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

3 comments:

  1. sistem badan leez mmg dah immune ngan kopi. minum la bnyk mane time exam ke.. ape ke.. konon2 nak elak ngantuk, tp, hampehsz jerk! xjln! huhuh..

    ReplyDelete
  2. hi dato elle.. gilakan novel abg ramlee? kita semua la tu! hehehehehehehehe

    ReplyDelete
  3. hai kak elle...
    baru je sembang ngan kwn sal kopi ni.
    memang xelok if amik secara berlebihan,tp kwn kata bole jadi ubat jgak.luka cepat sembuh kalau ditampal ngan serbuk kopi.xtau la keberkesanannya.tapi xsalah kalau nak cuba kan,kan...

    ReplyDelete