30 December 2008

Tunggu Teduh Dulu - Faisai Tehrani

Rasanya perasaan ketika membaca Tunggu Teduh Dulu tidak dapat melawan dengan perasaan ketika membaca Cinta Hari-Hari Rusuhan karya penulis yang sama.....

Karya ini tidak berat mana pun, mudah difahami dan menarik kita memahami jalan-jalan Tauhid yang cuba dilusurkan oleh penulis kepada pembaca-pembacanya.

Yang menjadi ironi apabila penulis ini mengambil watak wanita sebagai teraju ceritanya bukan seperti penulis lelaki lain yang akan menulis cerita dari persepsi seorang hero.

Tapi nyata watak wanita ini ada juga membuatkan saya kadang termuntah jugak. Satu perkara saya perhatikan dalam novel-novel melayu di mana watak wanita 'malang' dan tersangat baik masih sinonim dalam mana-mana bentuk karya melayu.

Watak lelaki selalu ada sisi antogonisnya walaupun sedikit. Watak wanitanya selalunya malang dan kalau ada pun watak jahat adalah terlalu jahat digambarkan.

Saya kurang gemar acuan ini. Acuan ini hanya hayalan dan bukan realiti. Pendapat saya, watak Salsabila ini hanya watak wanita impian seorang lelaki sahaja. Sesungguhnya saya merasakan dalam semua orang cuba berbuat baik dan berbaik sangka masih ada juga garis hitam dalam diri seseorang yang perlu kita selusuri lebih mendalam. Justeru dalam mengambarkan kebaikan kita perlu juga mengambarkan status manusia biasa yang kita semua miliki dan sedarikan ini dahulu baru kita dapat menunjukkan cara melengkapkan diri menjadi orang yang baik-baik itu.

Yang terus menarik saya membaca kerana terdapat sifat gigih dalam watak Salsabila menghadapi liku-liku hidupnya. Dan menarik juga mengenai perusahaan betik secara global dan terdapat petikan hadis-hadis Rasulullah S.A.W . Juga yang terus melekat kini adalah impian untuk menikah di Kaabah (kalau ada rezeki). 
Dari pembacaan, rasa penulisan penulis yang menerima anugerah seni negara ini menjurus kepada menegakkan jalan tauhid dalam kehidupan manusia sejagat dalam pelbagai perkara dalam kehidupan seperti pekerjaan, rumahtangga dan ketaatan kepada ibu bapa. Mesej-mesej ini jelas disampaikan dan dengan baik.
Saya ulang sekali lagi, rasanya perasaan ketika membaca Tunggu Teduh Dulu tidak dapat melawan dengan perasaan ketika membaca Cinta Hari-Hari Rusuhan karya penulis yang sama. Bagi saya Cinta Hari-Hari Rusuhan lebih dekat dengan jiwa politikus saya ini.

Saya ingin menujukan satu hadis Rasulullah S.A.W saya ketemu dalam novel ini untuk rakan-rakan semua terutamanya rakan baik saya.
Bandingan teman yang baik dan teman yang jahat bagaikan pembawa kasturi dan peniup api di dapur. Pembawa kasturi sama ada dia memberikan kasturi itu kepada anda ataupun anda akan membelinya, anda akan mendapat bau wangi daripadanya. Sedangkan peniup api dapur, mungkin dia akam membakar pakaian anda ataupun anda mendapat bau busuk daripadanya.


Selamat Tahun Baru dan semoga Maal Hijrah yang lalu telah anda semaikan semangat yang baru. 

No comments:

Post a Comment