Preview Novel Hijab Sang Pencinta - Original Version

2 comments
Dipetik dari email Novelis Ramlee Awang Murshid kepada Group RAM pada 27 Jun 2008.


ASHABUL KAHFI

HARYANI terikat dalam keadaan tertiarap. Kedua-dua kaki dan tangan ditambat ke belakang, diperlakukan seperti binatang sembelihan. Terkurung di dalam pondok usang yang dijadikan penjara sebelum upacara korban dilakukan. Dia adalah pilihan terakhir untuk disembahkan kepada penghuni kegelapan yang bakal ‘dilahirkan’ semula. Haryani...ibarat kunci untuk membuka ‘alam sebelah’ yang dilumuri kejahatan, yang akan menggegarkan seluruh dunia, bermula dari tanah Sumatera ini.

    Di luar pondok...anak telinganya mendengar orang berkelahi. Bukan pergaduhan yang biasa tetapi pertelingkahan yang mempertaruhkan nyawa. Bunyi hambatan, tumbukan sekali gus tendangan, tubuh terpelanting ke tanah, bunyi orang bangkit dan bertarung lagi, menghiasi pendengarannya. Haryani jadi hairan. Siapakah yang datang di luar sana?

    Dia berusaha lagi, meronta membuka ikatan tapi tidak berupaya. Terguling...terlentang sehingga menyakitkan sekujur tubuh. Haryani menjerit. Anggota badan terlipat macam aksi akrobatik. Dia terpaksa menggolekkan lagi badannya. Kali ini dia tertiarap semula. Pergerakkan yang merumitkan itu membuatkan nafasnya bejat.

    Pintu pondok ditendang dari luar. Haryani terperanjat. Sekuyur keringat telah membasahi sekujur tubuhnya. Kepalanya tertoleh-toleh. Sesusuk kelibat lelaki menyerlah di muka pintu, agak berbalam-balam kerana tujahan suram cahaya bulan di sebelah luar. Sekali gus menyentap jantungnya. Organ menakung nyawa itu berdetak-detak.
    “Haryani!”
    “Dani!” Dalam kelam terpancar sinar pengharapan.
    Dani menerpa. Membuka ikatan yang membelit Haryani. Setelah tambatan itu berjaya dihuraikan, Haryani terduduk dan menangis teresak- esak. Pembebasannya dari ancaman maut telah memberi peluang semula untuk dia meneruskan hidup.
    “Alhamdulilah...alhamdulilah.” Lafaz Dani.
    “Aku hampir-hampir mati.” Air mata seolah hujan. Kegalauan perasaan semacam mendung hitam yang pekat. Ketika Haryani tenggelam dalam ketakutan yang belum juga mahu reda, bunyi perkelahian di luar pondok terus-menerus menghiasi malam yang dirasakan kecundang. Perlahan-lahan Haryani mengangkat kepala. Meninjau keluar tanpa menyeka air mata yang masih bersisa.
    “Siapa di luar, Dani?” Haryani terpanggil untuk bertanya.
    “Orang yang kita tunggu-tunggu kemunculannya.” Sahut Dani.
    Haryani bangkit. Bisa yang menjalar ke bahagian urat-urat darah, dipaksa dibius dengan kekuatan otak. Lenguh yang hampir melumpuhkan disingkirkan. Dia berjalan ke muka pintu pondok. Dani mengiringinya. Pertarungan dua lelaki telah berakhir. Manusia yang jahat telah ditumpaskan. Tersungkur berlumuran darah di sebelah sebatang pokok.

    Haryani membesarkan mata tatkala lelaki yang meraih kemenangan itu berkalih padanya. Kepastian belum terungkai. Simbahan cahaya bulan membuatkan pandangan tidak sejelas hari siang. Lelaki itu kelihatan berdoa, beristighfar panjang sejurus melafazkan syukur ke hadrat Ilahi. Haryani telah dapat mengagak siapa lelaki itu. Cuma akal warasnya masih terbelenggu.
    “Tapi...macam mana...ah...mustahil.” Keluh Haryani.
    “Tiada yang mustahil bila ALLAH menghendaki.” Balas Dani.
    “Sememangnya begitu kerana itu adalah tauhid. Tapi huraian logik akal, Dani.”
    Saifudin berjalan menghampiri sehingga wajahnya terserlah. Seulas senyuman terukir. Haryani jadi kaku, terkedu serta tergamam tidak percaya. Kelopak mata terkerdip-kerdip. Sangkanya...pandangan fantasi telah menipu matanya sendiri. Fikirnya...otaknya mengalami kebejatan yang teramat dahsyat sehingga tidak mampu lagi membezakan antara realiti mahu pun khayalan.
    “Assalamualaikum wanita yang dirahmati ALLAH.” Mendengar ucapan ikhlas lelaki itu pun sudah berupaya menyenangkan hati.
    “Sunan? Bagaimana?” Wajah kusam Haryani berkerut seribu.
    “Hijab waktu itu telah terungkai...telah terbuka.” Dani mencelah.
    “Tiada jawaban yang mampu kita jelaskan. Sesungguhnya...ini di luar batas pemikiran manusia. Dalam sejarah manusia dahulu kala...ia pernah terjadi. Kita bermunajat untuk meleraikan kekusutan. Akhirnya...satu jawaban telah ketahuan...ia isyarat dari langit yang turun ke hati kemudian sampai ke fikiran. Akal manusia itulah yang membezakan kebaikan dan kebatilan. Semua ini adalah peralihan yang dipanggil...Ashabul Kahfi...Ashabul Kahfi...Subhanaallah.” Kata Saifudin.

Mari menyertai group RAMFC untuk mendapatkan info terbaru mengenai novel RAM, yang terbaru dan bakal terbit di pasaran ialah Hijab Sang Pencinta sambungan dari novel Cinta Sang Ratu dari epik Laksamana Sunan.



Google Groups

Subscribe to Ramlee Awang Murshid Book Club (RAM FC)

Email:

Visit this group
More

Anda sedang cari kerja?

0 comments
 FROM ZERO TO HERO!

Bukan nak jadi agensi, tapi niat rakan-rakan lain yang sedang sibuk cari kerja. Dalam keadaan ekonomi tak menentu dan dasar politik yang entah apa2 ntah, saya cuba membantu, maklumat kerja ini pun dari rakan baik saya. Tak boleh reveal nama syarikat, cuma saya boleh katakan anda tidak akan menyesal hanya dengan mencuba. Nasib kita tuhan tentukan, sila layari KerjaZero, blog cari kerja terbaru. Hanya kerja-kerja dari syarikat Minyak dan Gas di Malaysia.


p/s: bukan agensi cari kerja ok!
More

RAM FC Progress...

0 comments




Hai guys, this screenshot is taken from group i develop at google group, group name is RAMFC, group dedicated to Ramlee Awang Murshid, writer for novel like Triliguo Tombiruo, Epik Laksamana Sunan, Hatiku di Harujuku and award winning Novel Pei Pan. This group already reach 100 over members. If interested to know and to join group feel free to signup, cause just member can view the content of the group. The best of all u can interact and receive new information about the authors latest novel from himself.



U also can signup here




Google Groups






Subscribe to Ramlee Awang Murshid Book Club (RAM FC)





Email:






Visit this group





Do enjoy your visit!



More