Preview Hijab Sang Pencinta III

0 comments


Kepulauan Krakatau

BERSUSAH PAYAH mengharungi gelora lautan, teroleng-oleng dimainkan
ombak dan menyusur angin, akhirnya perahu rencong dapat juga
didaratkan di pasir berlava. Setangkas selayaknya seorang pendekar,
Saifudin melompat dari perahu, terjun ke laut tohor, menarik perahu
dan memacakkan sauh kecil ke pasir setelah melilit tambatan tali pada
sebatang kayu mati yang terdampar di pasiran pantai. Dani dan Haryani
pula bergerak hendak melonjak turun tetapi lekas ditegah oleh
Saifudin.
    “Biar kita saja yang mengurusi jenglot ini.” Seraya pandangannya
teralih ke gunung berapi Anak Krakatau yang dilaporkan masih aktif.
    “Biar saya bantu Sunan.” Kata Dani.
    “Jagai Haryani. Usah ke mana-mana. Jika kita tumpas di puncak
gunung api...segeralah beredar.” Pesan Saifudin memperlihatkan
ketegasannya. Sebenarnya dia khuatir keselamatan Dani dan Haryani
tergugah. Saifudin dapat menghidu terdapat ujian besar yang bakal
dihadapi di puncak sana. Sesuatu bersifat paranormal yang tidak
terhurai dek akal logik manusia. Naluri sufinya sangat kuat.
Kadangkala dirasakan melebihi kekuatan kudratnya sendiri. Dani nampak
kecewa.
    “Kami berteduh di sana.” Haryani menuding telunjuk ke arah
rimbunan belukar.
    “Berjanjilah untuk tidak menuruti kita ke sana.”
    “Ba...baik.” Haryani teragak-agak.
    “Kamu juga, Dani.” Keponakan Saifudin itu terpaksa bersetuju
meski pun hatinya keras membantah. Dia berhasrat hendak berjuang
bersama-sama Saifudin melawan kejahatan. Namun Saifudin tetap tegas
melarang.
   “Terdapat ancaman yang bakal menghalangi pendakian.” Saifudin
memberitahu. Penglihatannya terarah semula ke arah puncak gunung
berapi Anak Krakatau. Sesuatu yang tidak terlihat pada mata kasar
tetapi dapat disentuh menerusi naluri sufinya.
    Selajur dia dan Haryani turun dari perahu. Dibawa berteduh dalam
rimbunan belukar. Kemudian Saifudin mengendong jenglot Manggala yang
berbungkus kelambu lusuh. Mayat makhluk jahat itu diletakkan sahaja di
atas pasir. Tacakan keris Nanggroe langsung tidak diusik. Mereka
berehat sejenak. Menghirup nafas untuk menguatkan tunjang nyawa. Hidup
hanya sekali. Hidup kali kedua adalah di akhirat. Hidup di dunia
terbentang banyak pilihan yang harus diperhalusi oleh akal. Sementara
hidup di akhirat hanyalah hari pengadilan ALLAH yang paling besar lagi
maha dahsyat.
    Cuaca di lautan berubah mendadak tatkala menjejakkan kaki ke
pulau Anak Krakatau. Bertarung takdir membelah lautan. Perahu yang
tidak sebesar mana nyaris karam. Gangguan khayalan yang dicetuskan
syaitan taghut hampir mengacau tumpuan.

BANGKAI jenglot terasa berat seketul batu besar. Pendakian Saifudin
menjadi lambat. Dia tetap berusaha sekeras-kerasnya. Tatkala
mendongak, mulut  kawah gunung berapi hanya tinggal puluhan kaki
sahaja lagi. Setakat ini pendakiannya berjalan lancar. Peluh membasahi
sekujur tubuh. Terasa panas terbakar dipanah matahari.
    Saifudin terus melangkah. Otot-otot kaki yang kekar telah
membuatkan dia betah bertahan. Selangkah demi selangkah Saifudin
menapak. Setiap setapak melangkah dia melafazkan nama ALLAH.  Memacu
kekuatan dalaman. Kudratnya hampir-hampir tewas. Keletihan yang
dialami terasa mendesak. Unsur-unsur luar bersifat jahat mulai
menghasut dengan bisikan-bisikan yang menerjah nurani. Tidak semena-
mena...anak telinganya terdengar suara rintihan.
    Saifudin tidak terkejut apabila mendapati kepala jenglot telah
bertukar menjadi wajah mungil Ratna Sang Ratu – isteri tercinta yang
telah lama kembali ke pangkuan Ilahi. Wajah jelmaan itu menitiskan air
mata. Tangisan yang sungguh menyayat hati. Sejenak Saifudin memejamkan
mata. Lidahnya makin kuat berzikir.
    ‘Mengapa kanda memperlakukan dinda begini? Apakah cinta kanda
telah lenyap? Lupakah sudah kanda pada dinda?’ Suara jelmaan itu pun
mirip suara Ratna Sang Ratu. Saifudin enggan berdialog dengan jelmaan
itu. Dia terus melangkah...setapak demi setapak. Meneruskan pendakian
dengan susah payah. Ketulusannya hendak membanteras kejahatan
membuatkan semangatnya semakin meneguh. Seteguh iman yang diraih hasil
dari ibadah dan berbuat baik sesama makhluk.
     “Subhanaallah...Subhanaallah..
.Subhanaallah...” zikir itu
diucapkan. Kedua-dua kaki bergerak lagi dan lagi. Jelmaan itu pula
bersungguh-sungguh mengagalkan usahanya.
    ‘Bangsat kamu! Bangsatttttt!’ Suara lemah gemalai berubah menjadi
parau.


SETELAH bersusah payah mendaki sampai ke puncak, akhirnya Saifudin
sampai ke pinggiran kawah. Dia meletakkan mayat jenglot yang tidak
ubah seperti bangkai itu di tepi kawah. Sempat lagi dia menjenguk ke
bawah...jauh ke dasar tetapi tidak terlihat apa-apa, cuma gaung yang
dalam sekali. Terlalu menggerunkan. Tidak terbayang bagaimana
dahsyatnya kalau terhumban ke bawah sana. Udara panas membahangi
wajahnya.
    Dia beralih pada jenglot Manggala. Keadaan bangkai itu sungguh
terseksa. Tidak ubah seperti mumia Firaun. Saifudin terkhayal seketika
melihat rupa bentuk Manggala. Terbayang di fikiran muka manusia
terkutuk itu pada kurun ke 15 dahulu. Abad ini Manggala seperti
terkena sumpahan. Ramai orang yang jahil suka memuja-muja makhluk
sepertinya. Konon memberikan sesuatu keajaiban, walhal perbuatan itu
menjurus kepada syirik. ALLAH itu Maha Pengampun tetapi sekali-kali
tidak akan mengampunkan dosa syirik. Menyembah mahu pun mengagungkan
benda lain selain ALLAH adalah syirik! Kufur lagi kafir!
    Saifudin menghela nafas panjang. Melepaskan lelah yang terasa
mencengkam jantung. Saifudin terlihat bayangan ketulan-ketulan emas
yang menyilau pandangan batin. Masa inilah taghut muncul dengan
berselubung hitam. Berdiri tidak jauh dengan muka tertunduk. Selubung
di kepala menutupi sebahagian muka, hanya memperlihatkan bahagian
mulut sahaja. Maka berkata-katalah ia dengan lontaran suara memujuk
    ‘Laksamana Sunan yang agung...lagi perkasa sehingga berupaya
menumpaskan kerajaan Pulau Utara yang kukuh. Seorang pendekar yang
pernah digelar lelaki berduka dari Tanah Rencong...yang sangat baik
hati...’
    Pemerhatian mata kasar sesiapa jua yang menyaksikan situasi itu
hanya akan dapat melihat Saifudin seorang sahaja. Taghut bersifat
halus itu tidak terlihat melainkan pada pandangan Saifudin sahaja.
Laksamana Sunan sudah dapat menduga kemunculan makhluk derhaka itu
untuk menghalangi niatnya sekarang.
    ‘Berpalinglah padaku wahai Sunan. Nescaya...aku bisa mengangkatmu
menjadi seorang raja yang sangat berkuasa. Yang berkuasa memerintah
seluruh dunia semahumu.’ Tahgut berusaha mempengaruhi, menyondongkan
iman Saifudin.
    “Apa maumu wahai taghut?” Soal Saifudin.
    ‘Janganlah kau bunuh saudaramu si Manggala itu. Jadikan dia teman
seperjuanganmu. Nescaya...si Manggala itu akan menjadi pembantumu yang
paling taat. Mengalahkan taatnya para Malaikat di langit.’
    Subhanaallah...godaan ini lebih dahsyat sekarang. Hati Saifudin
berdetik. Tali ALLAH sentiasa digenggam untuk menyelamatkan diri dari
hasutan taghut derhaka yang bersungguh-sungguh menghasut, menawarkan
dunia ini menjadi miliknya dengan serangkum kuasa yang sangat besar
sekali.
    “Menyingkirlah kamu wahai taghut derhaka. Aku berlindung pada
ALLAH dari syaitan yang direjam.” Tegas Saifudin. Taghut menderam-
deram seumpama singa marah.
    ‘Arghhhh!’ Taghut berteriak duka kemudian ghaib.
    Saifudin beralih semula pada jenglot Manggala. Keris Nanggroe
ditarik. Sisa darah beku mengalir keluar. Kemudian jenglot itu ditolak
dengan kaki. Tidak semena-mena mata makhluk terkutuk itu terangkat.
Saifudin terperanjat. Jenglot Manggala memegang kaki Saifudin.

Bakal terbit tidak lama lagi! Nantikan di pasaran! Dapatkan maklumat terkini mengenai karya2 terbaru Ramlee Awang Murshid dan perkembangan beliau dalam dunia penulisan di group RAM dari beliau sendiri, sebuah kelab peminat Novelis Ramlee Awang Murshid.

Daftar sekarang!


Google Groups

Subscribe to Ramlee Awang Murshid Book Club (RAM FC)

Email:

Visit this group

dan lawati laman group ini sekarang!


Google Groups

Ramlee Awang Murshid Book Club (RAM FC)

Visit this group
More

Rupanya Nubhan pun ada untukku.

0 comments






Tak disangka2 semalam terserempak pulak den dengan bintang2 AF6 sedang aku and my abg and kakak angkat berjamu selera. Tiba2 je kakak cakap, 'La, stacy La'. Sambil memanjang leher melihat meja kat belakang Abang yang dah memang cover baik menhadang pandangan aku nie. Hihihi, syoknya dapat jumpa diaorang nie. Memang diaorang ada kelas gitu, x sombong walaupun nampak muka si Nubhan macam toya semacam jea, maybe letih plus mengantuk kot, tapi bila Kakak ajak ambil gambar diaorang on jea. Bintang2 itu hanya tiga org dari finalist AF6, selain Nubhan, there are the Champ - Stacy and the one who sing Kau yang Bernama Seri very well done - Toi. What a dejavu because the entire eening i try to memorise Nubhan song Ada Untukmu again and again, x sangka hari terjumpa dengan penyanyinya, so i mention bolehlah email kat Mr.Manager.





Walaupun i lepak kl, tapi jarang gak terserempak dengan artis2 nie. Yealah aku bukan kaki lepak, cuma coincidence jea. Tapi 4 sure kalau terjumpa dgn si Riz, adalah org akan meroyan kan...kah. Aku cakap kakak, this wednesday 4 sure anak2 dia nak ikut sekali semata2 nak jumpa bintang2 ni. Sorilah, kirim salamlah, sekali tue jea....esok lusa x tahu lagi kat mana diaorang makan. Hope ur guys will success in ur guys career, continue dengan sifa2 mulia korang yang tak sombong tue.All the best!!
More

Excel formula....to roundown the number....

0 comments
The number will appear like this when 1 x 2.5  will appear 2.5 ringht?

So we don't want the decimal and it will appear 3. Right?

But i don't want to round up i wanted the number to be round down!!!

So the anwer appear to 2 not 3. Emmm, so what i should do and i have to include in excel sheet.

And this for future use too...............ketap gigi, geram2 x dapat and then keep googling,

memula xtahu search apa,

just keep googling and then jeng2.....so nak tahu ke formula dia macam mana?



=ROUNDDOWN(number,digit)



Tapi nak include include total so the formula should be like this



=ROUNDDOWN(SUM(CELLy*CELLx),0)



Another contoh like this spreadsheets created by me:





But please enter the SUM value dahulu and then modify later, kalau terus letak formula tue semua terus memang x jadi. k!



 Just for ur info!!!!
More

Backup file

0 comments


Ya, tgh backup file, all yg important, expecially gambar. nasib baiklah dekat tmpt keje, aku ada belajar pakai online storage, so sekarang tgh setup akaun hopelly bolehlah upload this file to online storage after this. Tapi lecah lak pasal all online storge tak boleh upload folder. Byk songeh, memanglah try free, tapi free bagilah can. Hope yang ni boleh lepas.

Kenapa nak backup filekan, sebab nak format balik. Macam2 download dan macam2 dah berlaku. So have to format PC at then end, aku rasa dalam setahun adalah aku format PC dua tiga kali. Tapi sejak add hardrive baru tak pernah format lagi. So hopefully, nak format dan betulkan serba sedikit, later this year nak beli ram 1 gb. My pc memang dah lama giler, hajat naktukar baru, tapi tak cukup money lagi. I have to this now or never. Karang semua aku x boleh backup. Dah tadi keluar pulak system boot2...bodoh betul. Aku bagi dekat member office kakak aku jea bagi dia format. Dia akan tgkkan dan suggest benda2 yg kena buat. Aku rasa before raya kena beli dulu RAM tue. Upgrade streamyx, xpyhlah. Connection sekarang kira bagus dah, tgklah kalau dapat keje lain or naik gaji. Before all that, part time tak jalan2 lagi.
Tapi sesapa boleh ajar nak buat wireless home tak? ingat nak beli new rounter dan setup home wireless. Yelah, dulu 1 pc jea, sekarang dah dua. Yang rounter macam dah nazak gak.....anybody willing to share.
More

Preview Hijab Sang Pencinta II - Original Version

0 comments



Kampung Punggor, Johor

MENJELANG lewat petang, selesai menguruskan urusan ALLAH, Saifudin mencuba-cuba pakaian Dani. Seluar jeans dan t-shirt berjenama. Kemudian berkaca di cermin. Dia tercengang sendiri. Melihat dirinya di
cermin seperti menyaksikan orang lain yang menyerupai wajahnya. Seluar jeans terasa mengetat di pinggang, paha sehingga ke hujung buku lali. T-shirt pula muat-muat badan. Tubuh sasanya terpamer.
    “Pakaian apa ini?” Bisik Saifudin sendiri.
    Tali pinggang kulit berkepala besi bersaiz besar terjuntai. Dia tidak tahu bagaimana hendak memasangnya. Disimpul seperti mengikat sampin tapi terasa liat dan susah. Ditarik...dipaksa juga sehingga simpulan dibuat. Terasa kejap dan mengetat di pinggang. Bahagian ari-ari terasa sempit. Saifudin sukar bernafas. Mulutnya ternganga sedikit untuk menghirup udara. Wajahnya menjadi kemerah-merahan menahan ‘kesakitan’ yang dialami. Dia cuba bergerak tetapi terkaku. Seperti robot yang tidak lengkap sendi-sendi lipatan anggota badan. Seperti tarian puppet yang terkenal pada era 80-an dahulu.
    “Subhanallah...seksanya.” Keluh Saifudin.
    Saifudin terundur-undur. Langkahnya jadi sumbang kemudian jatuh ke lantai. Bunyi debukan kuat menyebabkan Khasnan dan Sairah menerpa masuk ke bilik tanpa terlebih dahulu mengetuk pintu. Mereka suami isteri tergamam melihat keadaan Saifudin. Laksamana Sunan berusaha bangkit dan berhasil berdiri dengan sekuat tenaga.
    “Ada persalinan yang lebih cocok?” Saifudin menahan malu.
    Keadaan Saifudin pada pemerhatian Khasnan dan Sairah tidak ubah seperti seorang rockers yang tidak menjadi. Pakaian Dani yang disuruh pakai kelihatan janggal. Sairah menyembunyikan senyuman, lekas-lekas keluar dari bilik. Khasnan pula terus membantu.
    Tanpa bersuara apa-apa, Khasnan lekas meleraikan ikatan tali pinggang yang disimpul. Membuka butang jeans, menarik zip ke bawah. Masa inilah Saifudin bernafas sepuas-puasnya. Dia merasa seperti
‘nyawanya’ dipulangkan semula.





Ini adalah preview kedua novel Hijab Sang Pencinta dari epik laksamana Sunan, untuk mengetahui bila ia akan trbit di pasaran, mari menyertai group RAMFC untuk mendapatkan info terbaru mengenai novel RAM..



Google Groups

Subscribe to Ramlee Awang Murshid Book Club (RAM FC)

Email:

Visit this group
More

Tips untuk convert video file

0 comments
Selalunya kita memang xkan purchase software2 convertor semata-mata nak convert satu file sahaja. Sama ada kita convert guna software torrent, crack atau free software dan convert file yang berkenaan.



Tapi selalu software2 nie tak boleh convert semua jenis file, bagaimana pula kalau file tue mmg kita nak sgt convert. Kalau file itu didownload dari yotube biasanya ia berformat FLV. File nie hanya sesuai dimainkan di telefon bimbit dan pc yang ada realplayer. Jadi sgt merugikan kalau file itu boleh digunakan dalam kerja kita seperti kita mengkehendaki file itu dimasukkan dalam powerpoint presentation untuk present pada customer.



Pengunaan powerpoint memang sudah meluas, selain letak efek2 dan bunyi pada powerpoint, dengan teknologi yang ada kita boleh menambah video sebagai selingan atau sebahagian dari presentation kita. Tapi jika video itu didapati dari laman web seperti youtube, powerpoint presentation tidak akan detect file jenis ini.



Itulah terjadi pada saya semlm bagaimana saya telah mencuba memasukkan satu video youtube yang didownload menerusi realplayer ke dalam powerpoint presentation. Setelah gagal, saya cuba convert file itu mengunakan software yang dicrack atau diberi percuma. Tapi software2 ini kebanyakkan tidak dpat berfungsi dan selalu hang. Maka saya mencuba cari penyelesaiaan. Setelah google, saya menjumpai beberapa laman yang membenarkan kita mengconvert file secara online. Tapi ada yang memerlukan kita register terlebih dahulu. Setelah try and error beberapa laman saya telah terjumpa dengan website ini sgt mudah fungsi dan sgt cepat untuk convert file video ini lebih lagi tanpa perlu mendownload video itu terlebih dahulu ke PC. Laman itu ialah media convertor.



Jadi memudahkan anda diluar sana mengunakan laman ini, saya bermurah hati nak tunjukkan cara pengunaan paling mudah melalui screenshoot2 ini.






1. Pilih video yang hendak didownload. Sama ada dari dalam pc atau dari laman web. Contoh saya video youtube.






2.Copy Url File dan pastekan pada file di website media convertor. (* Anda tidak perlu mendaftar laman ini






3. Klik next, skrin ini akan menunjukkan anda ingin convert file ini kepada format apa. Saya telah pilih wmv kerana boleh dimainkan dalam powerpoint presentation. Letak nama file jika mahu dan klik next lagi.






4.Jika tidak tahu mengenai teknikal part tentang video terus sahaja tekan butang next.








5.video akan diconvertkan oleh web.






6.selesai anda hanya perlu download file ini ke dalam pc anda. Boleh anda menonton video ini dalam format yang lebihkan






Tujuan saya buat entry kerana semalam semasa saya cari maklumat tentang convert atau meletak video dalam powerpoint presentation tiada satu website boleh memberi jawapan pasti. Jadi saya buat entry untuk berkongsi bersama anda. Lupa nak cakap, dalam powerpoint prsentation, saya dapati powerpoint hanya boleh memainkan video berformat wmv dengan baik. Sekian.



More

Back to the Future II

0 comments


Just exectlt 10 years back, same plot, same stupid plot. Anwar Ibrahim back to jail, so who going to be our next prime minister?

P/S: sebenarnya di post pada 16/7/08 untuk tujuan blogging tarikh posting dicepatkan!
More

tESTIN 1, 2 AND 3

0 comments
Boleh posting x nie, aku pun kena spam, kih2....kelakar pulak rasanya

P/S: sebenarnya di post pada 15/7/08 untuk tujuan blogging tarikh posting dicepatkan!

More

Something that i inherite about.

0 comments
I just read a new from this online news, this remind me where i come from. My mom use tell me that his mother side come from this great2 side. We still have something to earn from this but because of this burocary, law all this so called tok nenek harta x dapat2 lagi till today. Can u imagine that my mother hear about this story when her just a child and still there no good new about that. The good thing i know i have very big related family but the bad thing i don't them. If there gathering for this, it will be huge.I never care about this case, never read in the news, i don't know it true or false. It just nice to hear the name been mentioned again. Long history huh!

More

Anak-anakku

0 comments






Hard to imagine my life without kids around me, i ground up by handling/caring my sister and brother, after few year then, i sometimes baby sit my pet sis children, it actually not a sometimes, it hundred of times, and then they move, still love them, then my 1st sister become nanny to natasha, her freind daughter, without doubt, all love was on her, and few year gone, one of us get marry, then come fiqriat and fikri, my own blood, my sister son, then call me ibu, i love them a lot, they noisy, naughty, playful, all sort of the boys thing they ever done, and their tag-team with their kakak tasha, my sister service as nanny as grow in the neighbourhood, they come aiman and aleeya join them, double horrible, sometime can be misserable too.....and opps what they she thinking, adding the other one?!!! oh my god! I have to rethink again about this marry thing. Why oh why.....emmm.......don't get wrong, i'm happy for her.....do this baby bring more joy to our family, amin.
More