19 January 2009

The Curious Case of Benjamin Button

Semua orang kalau boleh ingin saat-saat akhir kehidupan di dakapan orang yang tersayang. Wah sangat romantik, bagaimana pula kalau ia berupa begini...




Maksud saya, memang begini. Perempuan itu bukan ibu bayi tersebut tapi kekasihnya. Bagaimana?
The Curious Case of Benjamin Button, melihat susur kehidupan manusia dari sudut berbeza. Kisah seorang manusia yang kehidupan bermula usia tua ke muda. Memulakan kehidupan di rumah orang-orang tua sebelum mengakhirinya di rumah yang sama. Pelik tapi hakikat dunia sekarang di mana kita yang dilahir normal akan di asuh di taska dan kemudian jika nasib kurang baik berakhir di rumah orang-orang tua.
Filem yang dimulakan dari perspesi Benjamin Button mengenai kehidupannya, di mana dia gigih untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan walaupun kekangan usianya menhalang. Benjamin seperti kanak-kanak atau remaja lain cuba mencapai sesuatu dalam hidupnya sebelum mencapai zaman 'tua'nya sendiri. Namun dia sedar, masalah yang dilihat sebagai kelebihan oleh orang lain tidak begitu menarik jua apabila dia mula mempunyai zuriat sendiri. Bagaimana di saat anaknya sendiri mececah remaja, dia sendiri juga berusia begitu. Dia mempersoalkan kaliber dirinya sebagai seorang bapa dan suami kepada isteri yang dicintai apabila usianya semakin muda dari ke hari. 
Saya rasa filem yang sangat bagus untuk ditonton ini, perlu diberi lima bintang atas lakonan berkesan Brad Pitt sebagai Benjamin Button dan Cate Blanchett sebagai kekasihnya. Filem ini antara filem yang tercalon dalam anugerah Golden Globe tahun ini walaupun tewas di tangan filem British Slumdog Millionaire. Saya kini masih mencari filem 'the reader' selepas membaca novelnya dan lebih lagi setelah Kate Winstlet menang pelakon pembantu terbaik untuk filem ini untuk watak sangat tragis dalam novel yang penuh memerajatkan ini.

1 comment:

  1. uiksss...cam best je kak elle.

    nak cari la cite ni.kat mane ye?

    ReplyDelete