21 January 2009

Review for Slumdog Millionaire


Tajuk Filem           : Slumdog Millionaire
Pengarah               : Danny Boyle
Pengaran Bersama : Loveleen Tandan 
Tarikh Tayangan     : 9 January 2009 (UK)
Anugerah               : 4 Golden Globe Award termasuk filem terbaik.







Sinopsis:
Kisah mengenai Jamal Malik yang mempunyai satu soalan lagi sebelum bergelar jutawan jika menjawab soalan terakhir dalam program 'Who want to be a millionaire?' versi India. Namun dia mempunyai satu hari lagi untuk diharungi dan ia penuh dengan soalan-soalan lain yang lebih kompleks. Kali ini ia ditanya oleh seorang pegawai polis yang cuba menyiasat adakah Jamal Malik menipu dalam permainan ini. Dalam suasana penuh tekanan Jamal Malik menceritakan satu persatu bagaimana beliau dapat menjawab soalan-soalan tersebut hingga berjaya soalan terakhir dalam permainan tersebut. Kenapa dia dipersoalkan? Ini kerana Jamal Malik hanya seorang yatim piatu yang bekerja sebagai pembancuh teh dan budak jalanan di bandaraya Mumbai itu!








Antara pelakon adalah Anil Kapoor sebagai pengacara rancangan "Who Want To Be A Millionaire?". Lakonan berkesan Dev Patel sebagai Jamal Malik, Madhur Mittal, Freida Pinto, Irfan Khan dan ramai lagi.




Ulasan:
Saya tidak menduga filem ini sehebat ini. Penuh konflik dalaman, keterujaan, gembira dan suspen. Memang sudah tentu tidak dapat dipisahkan dari filem-filem hindustan yang lain ialah soal cinta dan kekeluargaan. Filem ini layak digelar Filem Terbaik. Berapa banyak filem yang mempunyai unsur-unsur seperti dalam filem ini. Filem ini juga melihat dari perspektif seorang budak jalanan (masih ada unsur-unsur hindustan) tapi lebih jujur dalam mengambarkan India yang sebenar. Saya rasa begitu tersentuh dengan hubungan adik-beradik antara Jamal dan Salim, bagaimana mengubah hidup mereka mengunakan jalan yang bahaya. Bagaimana Jamal pula melihat abang semata-mata sebagai manusia tidak berguna. Babak kematian ibu Jamal juga punya impak yang sangat tinggi, melihat bagaimana pengarah cuba mengambarkan krisis agama di India dan impak kepada golongan yang ditindas sangat jelas.




Filem ini dalam sedar mengangkat isu-isu mrngenai kanak-kanak di India dan dunia seperti penderaan kanak-kanak, penculikan kanak-kanak, buruh kanak-kanak, pelacuran kanak-kanak, sindiket peminta sedekah, pendidikan kanak-kanak dan kebajikan kanak-kanak. Isu lain yang dapat dilihat adalah isu kemiskinan, setinggan dan gengterism. 




Juga dilihat bagaimana terdapat komplok masyarakat akan terus memandang kepada orang seperti Jamal dan merasakan beliau tidak layak menang dalam rancangan tersebut. Filem yang patut ditonton oleh seluruh dunia sempena perlantikan Obama sebagai Presiden Amerika, walaupun tidak ada kena mengena sebaliknya dapat menyedarkan kita selalu bergantung pada harapan yang belum pasti.







No comments:

Post a Comment