12 January 2009

Selamat Hari Jadi Untuk Elle

* ENTRI INI AKAN DIEDIT LAGI




Sudah 28 Tahun
Dalam gurauan aku, ada pula yang beria mengucapkan Selamat Hari Lahir pada 9 Januari lepas, terasa malu pula bila dirai begitu. Apa yang pasti, aku lebih gembira bila diraikan oleh keluarga tersayang walaupun terlewat sehari. Rasanya lebih bermakna dan menjadikan sabtuku lebih gembira.








RAMFC
Sudah pasal harijadi, sekarang aku ingin membawa kenangan setahun lepas. Aku tidak menyangka minat membaca buku telah membawa aku mengenal orang-orang baru dalam dunia yang serba indah ini. Sukar untuk aku huraikan dengan kata-kata. Tapi apabila pertemuan yang aku nanti-nantikan dengan penulis novel kegemaranku Ramlee Awang Murshid antara rentetan perjalanan yang menarik dalam sesi 2008. Tidak dijangka pertemuan singkat di PWTC kini membawa kepada perhubungan bagai abang dan adik. Selain selalu berhubung demi tujuan kelab yang kini berdomain sendiri, aku juga dapat serba sedikit nasihat dalam menjalani kehidupan seharian.




KERJA KAHWIN
Selain kelab makin hari makin gah. Aku tidak lupa kenangan menghadiri perkahwinan rakan-rakan sepanjang 2008. Harap bahagia hingga ke anak cucu.
FIKIRAN-FIKIRAN DALAM HIDUPKU
Detik-detik bersama anak-anak saudaraku juga tidak lupakan. Lebih-lebih lagi ketika Fiqriat Fehmy persembahan di konsert tadikanya. Rasa baru semalam mengedongnya di tangan, kini sudah berlari dan pantas menjadi abang kepada dua adiknya. Kini pula sudah masuk Taski, tahun keduanya dalam persekolahan Pra-sekolah.
Tahun ini juga melihat, abang kechik a.k.a Fiqri Al-Baqri ke C.E.C. Apa pula ragam si manja di sekolah nanti, yang pasti perbendaharanan kata akan bertambah selain 'No! No!' dan tidak lama lagi menyanyi dondoi untuk adiknya sendiri.
Kedatangan Fiqran Danial amat terkesan tahun ini. Dengan aku dan yang lain kurang kisah mengenai kandungan kakak aku kali ini, mungkin terma terbiasa itu dipandang enteng mulanya, Walaupun terbiasa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga Din, tapi kali ini dia datang dalam keadaan cemas. Mungkin bagi semua orang penyakit kuning adalah penyakit biasa, tapi melihat kakak aku panik hari tu, aku sendiri jadi tak keruan. Ialah tidak pernah pulak abang-abang Fikran terpaksa di tahan di hospital semasa baru lahir ataupun hingga besar kini. Nampaknya kami perlu lebih hati-hati kini. Alhamdulillah, akhirnya Fiqran sampai juga menetap di kediaman Din ini.










KARIER
Aku juga terlupa keputusan aku meninggalkan tempat kerja lama. Demi kerana rasa seperti ditindas, tindakan mereka membuang rakan tanpa notis atau amaran membuat aku rasa kurang selesa meneruskan kerja situ. Lantas pula, selepas itu, syarikat tidak stabil sampai sekarang. Segala perancangan seakan goyah, Manusia tamak memang tidak akan berjaya dalam dunia. Nasib aku agak, sebentar sahaja berhenti kerja, ada pulak orang menawarkan kerja lain untuk. Memikirkan kereta yang harus dibayar tiap bulan, aku mengambil tawaran dan terus bekerja di sebuah syarikat pembinaan di Jalan Klang Lama. Gaji walaupun kecil tapi keadaan, tempat dan kerja agak lebih baik daripada tempat kerja lama. Walaupun ada kepincangan sana sini, tapi aku rasa inilah tempat paling baik untuk setakat ini. Tapi persoalan wang ringgit memang merosakkan kepala ini. Jadi aku mengambil inisiatif membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Harap tahun 2009 dapat memperkembangankan lagi pendapatan sampingan ini. Mungkin masa depan aku tidak perlu bergantung pada gaji bulanan lagi.
MASALAH SOSIAL
Ada beberapa perkara yang aku telah cuba bersama dengan rakan-rakan dan keluarga pada tahun lepas. Antaranya menikmati makanan 'Steamboat', menonton teater dan bercuti. Memandangkan aku seorang suka melepak di depan PC dari keluar berjoli, adalah satu rekod cemerlang tahun ini bila semua itu semakin kurang. Kehadiran rakan-rakan baru memang banyak mengubah diri ini.




POLITIKUS
Awal tahun ini, aku beria membuat liputan Pilihanraya Umum 2008, setiap ucapan Nurul Izzah dirakam aku ketika beliau membuat kempen di sekitar Lembah Pantai. Tidak lupa kedatangan Anwar Ibrahim yang betul=betul membuat Pantai Dalam sesak bangat dengan orang awan yang ingin mendengar ucapan beliau. Berpanas, berhujan, yang paling aku tidak akan lupa ketika berada di bangsa. Di mana mata ini melihat kebangkitan rakyat tidak dipaparkan di kaca tv tempatan. Wah begitu ramai dan begitu bersemangat semua cuba membuat perubahan pada Malaysia ketika itu. Dan ketika menunggu keputusan tampak semua bersatu padu dan bersetia kawan menunggu keputusan rasmi sama ada calon mereka menang atau tidak. Melayu, Cina atau India duduk bersepakat membawa perubahan yang lebih baik untuk negara pada tika itu. Kini aku tidak tahu bagaimana Pilihanraya itu mengubah Malaysia hari ini. Tampak tiada perubahan ketara hanya penuh dengan permainan politik yang terus kotor.
Banyak-banyak video ucapan Nurul Izzah yang dirakam aku, ada satu video yang dipaparkan dalam laman blog Anwar Ibrahim tidak pun dikreditkan kepada tuan empunya. Makna tidak aku kenal rakaman ini, kerana semua adalah sama seperti video amatur aku itu.

2 comments:

  1. Epy belated bday...

    ReplyDelete
  2. happy bday sis... may happiness beyond measure and love without end grace every corner of ur life!

    ReplyDelete