23 February 2009

Igauan Maut - Langkah pertama Ramlee Awang Murshid


Aku tidak paham kenapa pengulas dari www.ulasbuku.blosgpot.com memuji karya pertama saudara Ramlee Awang Murshid. Mungkin kerana bahawa sudah tersemat dalam fikiran buku DBP semua bagus-bagus belaka.

Membaca masterpiece pertama Ramlee Awang Murshdi seperti memahami bagaimana beliau dapat pergi sejauh ini dalam bidang penulisan. Sikap gigihnya untuk memperjuangkan bakat dapat dilihat dalam watak Mizah dengan jelas. Sayang sekali, DBP tidak melihat bakat Ramlee dalam karya ini walaupun memenangi anugerah. Nasib baik juga kita terus menikmati karyanya kerana akhirnya rezekinya berada di ALAF21. Bayangkan ramai peminat Ramlee mencari karya pertama beliau ini untuk koleksi sedangkan beliau sendiri dapatkannya dari jualan gudang DBP dengan harga RM1.00. Tidak merasa beliau royalti dari DBP, tapi itulah kerja tuhan bila novel dari Igauan Maut hingga terbaru Hijab Sang Pencinta menjadi novel terlaris dalam senarai novel melayu di Malaysia.
Pada pendapat aku, permulaan menarik bagi novel ini mencerita hubungan diantara askar jepun dan gadis melayu. Masa ini teringat pula novel beliau Hatiku di Harujuku. Situasi ini juga mengingatkan aku pada filem Embun. Seperti biasa saudara RAM akan bermain dengan masa. Dan mungkin pada masa ini gaya penulisannya masih lemah, dimana persoalan Mizah anak siapa sebenarnya tidak dirungkai sehingga tamat. Tapi masih boleh dimaafkan jika kita melihat ia sebagai karya pertama beliau. Novel dengan harga RM6.50 pada tahun 1995. Kalau diterbitkan semula harga boleh cecah RM 20.00 kalau guna hardcover. Harap jika En.Norden baca blog aku boleh kiranya beliau  pertimbangkan idea ini. Kesimpulannya aku rasa teruja membaca karya pertama Ramlee Awang Murshid ini. Klasiknya mengimbas langkah pertama Abang RAM.
Layari www.kelabram.com jika anda salah seorang peminat Ramlee Awang Murshid seperti saya.

2 comments:

  1. Terima kasih kerana melawat sy yang tidak seadanya tu...Silalah kembali lagi.

    Anda benar, masterpiece RAM adalah Igauan Maut...the shape of things to come

    ReplyDelete
  2. aduhai~cmne nk dptkn karya pertama novelis no1 tanah air nih~agagaga~!
    sume novel sy suda bc~tggl igauan maut ngn anugerah ptama je~hurm~
    hope bley dptknnye asap!

    ReplyDelete