26 February 2009

Sean Penn Pelakon yang hebat

Saya masih teringat Sean Penn dalam I am Sam. Begitu terkesan dan bekas suami Madonna ini melakukan sekali lagi dalam filem ini. Kemenangan dalam oscar memang tidak boleh dinafikan, cuma ucapannya mungkin tidak sesuai dalam aspek budaya dan agama masyarakat kita di sini. Persoalannya, bagaimana dia melakukannya?
Filem Milk mengisahkan perjuangan hak asasi Gay oleh Harvey Milk di Amerika dalam tahun 70an. Antara filem terbaik yang menarik filem terbaik tahun ini rata-rata berdasarkan naskah novel atau cerita pendek dan juga kisah benar. Semua calon filem terbaik tahun ini sama ada dalam Oscar atau anugerah lain benar-benar memberi  kesan pada saya dari segi pemikiran dan tauladan dalam kehidupan. Tapi seperti biasa, saya kurang gemar bila sebuah filem yang diadaptasi dari buku kerana selalu menyimpang dari imiginasi kita sendiri. Saya sarankan, jika anda ingin menonton filem-filem terbaik hollywood tahun ini sila bukakan minda dulu baru menonton.

1 comment:

  1. salam..ziarah..

    terima kasih kerana melawat blog saya.

    ReplyDelete