08 June 2009

Alexander Bukan Zulqarnain

Afareez Abd Razak Al-Hafiz
PTS Millennia Sdn Bhd

RM 17.50 / RM 19.50 (Sabah & Sarawak),
983-3604-07-2;
978-983-3604-07-4;
9789833604074
Tarikh Terbit: 6 April 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 224 halaman

Usai membaca buku dari penulis PTS ini, saya mula memikirkan betapa mungkin buku sejarah yang saya telaah di waktu sekolah mempunyai percangahan lain yang tidak dipertikaikan.

Walaupun semua tahu bahawa kisah Zulqarnain telah tercatat dakam Al-Quran, namun perbincangan siapa Zulqarnain seperti telah menjadi satu lagi temberang orang kulit putih untuk menyonsangkan akhlak orang Islam.

 

Tapi ternyata bukan sampai kapan kita akan terus diselewang. Lewat tayang filem ‘Alexander The Great” yang watak ibu Alexander dipegang oleh Angelina Jolie dan watak utama dipegang oleh Collin Farrel, Alexander di gambar sebagai seorang bisexual dan mencintai lelaki lebih dari isterinya sendiri. Ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam, maka timbul mengatakan Alexander yang digambarkan dalam filem itu bukan Zulqarnain yang tercatat dalam kalam Al-Quran. Maka buku-buku kajian mengenai Zulqarnain makin ke depan.

Seperti yang diketahui juga, Al-Quran tidak memperjelaskan siapa Zulqarnain sebenarnya. Tidak juga kita dilarang membincangkan mengenai beliau, maka dengan itu lahirnya buku Iskandar bukan Zulqarnain telah berjaya membuka mata kita di Malaysia memgenai kesahihan fakta sejarah yang telah ditanam di minda kita.

Buku ini juga datang dengan dolumentari yang telah disiarkan di astro oasis beberapa bulan lalu.

Penulis ini, mendedahkan fakta-fakta mengatakan mengapa Iskandar bukan Zulqarnain  juga menhujahkan siapa itu Zulqarnain. Melalui kajian penulis ini, beliau menyimpulkan bahawa Raja Kurush adalah Zulqarnain yang bertepatan dengan Al-Quran. Dengan hujah paling kuat Raja Kurush bertuhan pada tuhan yang satu manakala Iskandar bertuhan pada tuhan yang banyak iaitu dewa-dewa.

Paling menarik bagi saya adalah perbezaan bagaimana kedua-dua melebarkan empayar dimana Iskandar cenderung kepada keganasan dan Raja Kursuh lebih kepada menyebarkan kepada keamanan.

Namun ini hanya pendapat penulis, terpulang pada kita bersetuju atau mempertikaikannya. Ini lebih menafaat dari kita percaya membuta tuli tanpa menkaji terlebih dahulu. Berikut adalah penerangan penulis mengenai buku dalam PTS TV.

Bagi saya pendapat dalam buku ini bukanlah secara terus namun, penulis menerangkan dari sudut sejarah dan mengupas satu persatu fakta yang beliau ada. Dari sini kita belajar memahami bagaimana, bila, siapa, apa dan di mana peristiwa berlaku. Adalah sangat menarik dan dinasihatkan supaya bersabar apabila membacanya kerana mungkin kita ingin terus ke pada jawapan yang tertera pada tajuk buku ini.

Bagi saya, buku ini adalah buku penulisan sejarah yang baik dan menarik kerana ia tidak membosankan malah lebih mengalakkan terus membacanya. Adalah ingin saya melihat penerbitan buku-buku sebegini diteruskan untuk terus menarik khalayak.

1 comment:

  1. saya pon dah baca buku nih.. pendapat sy,melalui kajian bnyk fakta dapat dibetulkan..lgpon ttg iskandar the great kemungkinan para pengkaji barat telah mengubah citer sebenar..biasa para orientalis sentiasa memesongkan pemikiran kita,apapun penulisan tersebut sgtlah berguna..diharapkan byk lg buku menarik akan ditulis spt Bahtera Nabi Nuh,Atlantis,dan lain2 misteri yg tidak dirungkaikan sepenuhnya oleh pengkaji.
    the end.

    ReplyDelete