25 June 2009

Sajak Rosli Dhoby

Tiba-tiba kita disampuk semangat patriotik gara-gara kisah Rosli Dhoby yang sedang ditayangkan di Astro. Jadi kita ingin membawa perhatian sahabat sekalian yang mengunjungi blog kita untuk menhayati sajak seorang pejuang bagi kita dan bukan pengkhianat.

 

Panggilan-Mu yang Suci


Wahai pemuda harapan bangsa
Segeralah bangun membuatkan jasa
Kebangunanmu menyedarkan Melayu bangsa
Kehalusan kemajuan aman sentosa
Wahai pemuda bercita suci
Kekalkan Sarawak negara kita yang asli
Meskipun bagaimana ancaman terjadi
Hendaklah sehidup semati
Mengibarkan bendera menggambarkan hati
Menunjukkan rupa bangsa dan negeri
Mengenangkan hak di tanah air sendiri
Wahai pemuda yang bersemangatkan gelisah
Insaflah pada perjuangan bangsa
Lambat-bangat ditakzir Allah
Bangsa dan tanah air tetap merdeka

 

Kita tertarik dengan bacaan kita pada artikel dalam suratkhabar The Sun hari ini. Di mana, pengarang kegemaran kita dalam genre politik iaitu saudara Karim Raslan berkata harapan yang dilihat beliau kepada peristiwa kegagalan Barisan Nasional mengekalkan majoriti dua pertiga seperti adanya satu harapan baru kepada Malaysia yang lebih teguh kerana mempunyai bukan sahaja kerajaan kuat tapi pembangkang kuat kian pudar oleh kerana kerakusan kedua-dua pihak yang lebih fokus dalam menguasai kerajaan dari menunjukkan pentadbiran lebih baik.

Tidak dapat tidak kita rasa turut bersetuju, itulah yang kita rasakan setelah PRU yang lalu. Bagi kita sekarang, bukan seorang pemimpin ideal di mata yang dapat mengubah masa depan negara kita sekarang, cuma seorang nasionalis yang boleh mengembalikan negaraku yang berdaulat ini di mata dunia.

4 comments:

  1. THUMBS UP !!!

    love it ~~

    :)>-

    ReplyDelete
  2. wahh... bestnyer sajak dia!
    beliau benar2 seorang PATRIOT!
    beliau kusanjungi!

    ReplyDelete
  3. mcmne nk wat sajak sbelum mati

    ReplyDelete