23 July 2009

Bagaimana saya minat membaca?

Tiba-tiba saya rasa ingin membuka salah satu hijab saya dahulu. Pada zaman kanak-kanak saya, ia tidak sama dengan orang lain. Saya ketinggalan dari rakan-rakan lain kerana masalah keluarga ketika itu. Maka saya banyak ketinggalan dalam pelajaran.

Malu jika memikirkan balik bagaimana pada usia 9 tahun saya masih lemab membaca, Tapi berkat kesungguhan saya pada masa itu kerana teringin sungguh untuk membaca sebuah majalah Humor dan akhirnya berdekit-dekit saya pandai membaca dan akhirnya memahami.

Saya bersyukur, kerana pada masa itu keinginan tinggi saya untuk membaca telah membawa saya lebih jauh dalam pelajaran. Ironinya memikirkan bahawa sebuah majalah humor telah membawa saya ke menara gading.

Dari membaca majalah ini yang saya beli dengan duit belanja, lama kelamaan, pada usia pertengahan 9 tahun saya telah pandai membaca pelbagai bahan bacaan. Jika guru darjah dua saya tahu mengenai ini dia mungkin kesal kerana tidak berjaya mencambah minat saya ni tapi majalah humor berjaya.

Ketika darjah tiga saya ingat lagi, pertama kali saya membaca serangakp pantun melayu….dan saya masih ingat sampai sekarang akan guru Bahasa Melayu saya ketika itu terperanjat dengan pencapaian saya ketika itu. Pantun Melayu itu berbunyi begini……

Siakap Senohong,

Gelama Ikan Duri

Bercakap Bohong,

Lama-lama jadi Pencuri

Kenapa dia terperanjat? Kerana itulah pertama kali saya mengangkat tangan dan saya juga terus memberi maknanya sekali.

2 comments:

  1. syabasss elle..kementerian pendidikan patut tambah medium macam nie bg kelas khas untuk menarik minat..minat itu akan mendorong setiap org mencuba sedaya upaya.

    umur 9 thn belum tentukan kita jadi apa. saat umur 40 thn kalau kita nak jadi dungu pun tetap jadi. apa2 pun atas diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. cayalah
    klu nk,seme bole jd...

    ReplyDelete