18 August 2009

Rahsia di sebalik Nama

Tempat itu bukan asing baginya. Tidak juga berbeda, masih usang seperti dulu. Dia selalu ke sini kebelakangan ini. Baru menginsafi kesilapan-kesilapannya yang dahulu.

Ya, masa cepat berlalu, usia nya sudah menginjak enam puluhan. Walaupun dia masih tegap tapi dia tidak dapat menafikan usianya lagi. Kerana Tuhan telah menghantar tanda untuk menjemputnya tidak lama lagi.

Kadang dia berasa bertuah, kerana dia dapat bersedia untuk menghadapi hari matinya.Tapi selalunya dia berasa takut bila terfikir akan seksaan dia akan hadapi akibat dosa-dosa yang dulu.

Dia mengusap wajahnya, masih lagi segak. Dia masih lagi mendapatkan suntikan vitamin C untuk menjaga penampilannya, Sudah menjadi rutin dan dia harus begitu terus untuk terus mengelabui mata orang lain.

Dia mengimbau masa muda yang jauh tersasar dari harapan ibu ayah sendiri. Setiap kali juga, dia akan mengeluh, mengesah dan menyesal atas apa telah dia lakukan, Kini dia mengharap bahawa mereka telah sempat mengampuni dosa-dosanya.

Dia sendiri pelik kenapa tiba-tiba dia memikirkan dosa. Sedangkan semua begitu sebelum ini hendak dilakukan. Tanpa memikirkan buruk atau baiknya. Begitu alpanya dulu. Syaitan manakah sentiasa bersamanya.? Dia kurang pasti. Mungkin semua syaitan sudah bersongkongkol dengan dia. Mana dosa yang tidak pernah lakukan, rasanya semua dosa besar sudah dilakukannya. Mungkin dia sendiri murtad, itu dia kurang pasti. Cepat-cepat dia mengucap dua kalimah syahadah. Tiba-tiba teringat kisah Alla Ray yang masih belum selesai yang kononnya menuntut hak sebagai orang bukan Islam padahal dalam undang-undag Islam telah menetapkan bahawa seorang melayu adalah seorang Islam.

Sebenarnya dia sendiri kagum dengan  bangsanya sendiri, kerana dia pernah ke negara arab, palestin atau mana negara Islam sekali pun, tidak semestinya bangsa Arab atau bangsa di negara itu dilabel Islam walaupun negara mereka terkenal dengan Agama Islam. Tapi di sini, jika seseorang itu melayu, dia mestilah Islam. Walhal satu masa dulu mereka bukan berasal dari agama Islam. Begitu sekali ketaatan nenek moyang kita pada Allah, sehingga memastikan kita ini terus Islam hingga ke akhirnya. Insya-Allah, dia merasa lega memikirkan perkara ini.

Sedang asyik merenung masa lampau, dia mendengar seruan azan. Hati membentak ingin ke Masjid berdekatan. Tapi dalam masa yang sama dia tunduk memikirkan ego yang perlu dipertahankan. Lalu berpaling pada orang kanan yang setia…’Mat, kita pulang sekarang!’….

5 comments:

  1. citer haper ni?? huhuhuhuhu ...

    ReplyDelete
  2. akan aku nanti hingga terbongkarnya rahsia disebalik nama itu.. teruskan..

    ReplyDelete
  3. Puan,

    Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Puan secara am seperti dibawah:-

    Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

    Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

    Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

    (http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

    di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini.

    ______________________

    It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

    Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

    (http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

    We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.


    Terima kasih.

    Satu Sekolah Untuk Semua

    ReplyDelete
  4. sungguh berahsia nama yg dirahsiakn...
    smp kapan kah mahu dirahsiakn?
    hehehehe~

    p/s: sy rindu kak elle...
    ada duet raye tak dr RAMfc?
    keh keh keh keh~

    ReplyDelete
  5. cerita yg bagus..good en3!

    ReplyDelete