11 November 2009

Kita merasa….

Kita sebenar ada merasa antara kita

Tapi kita mengelak dan menafikan

Kita merasa tidak mungkin

Kita cuba bersikap biasa biasa sahaja

 

Antara kita mungkin ada rasa

Tapi terpengaruh dengan budaya

Kita dikekang agama

Dan kita hanya tahu beda saja

 

Tapi kita cuba juga mengatakan

Bahawa kita sebenarnya terbuka orangnya

Menerima orang se adanya

Tapi sebenarnya kita masih kolot

 

Kerana akhirnya,

Kita sendiri sebenarnya tidak dapat menerima

Hakikat diri kita yang sebenarnya

Yang berselindung di sebalik keputihan

rupa paras dan penampilan

 

Dalam diam kita kecewa dengan diri kita sendiri…lalu…eemmm

 

Nukilan Elle (111109)

3 comments:

  1. kita juga merasa...
    merasa..terasa..cuma masih belum dirasa..
    namun salahkah untuk terasa..
    kerana kita juga manusia biasa..
    tak mampu untuk terima pelbagai rasa..
    andai dibiar..jiwa terseksa..
    namun apakan daya..simpan saja apa yg kita rasa..
    bila hidup terlalu banyak perisa..
    hilanglah rasa..yang tinggal hanya akibat dari merasa...

    ReplyDelete
  2. wahai sahabatku sue onn,

    jangan terlalu memendam rasa...kelak binasa nanti...

    ReplyDelete
  3. rasa2..penambah perisa diperlukan untuk tambah lagi sedap rasanya...
    apakan daya kalau kita luah rasa..akan ada yg sengsara..

    jiwa terseksa..hati merana..tapi akan tiba masa..mereka juga akan terasa..itulah rencah hidup didunia..kerana manusia terlalu banyak citarasa...

    aku terasa..kau terasa..dia juga terasa.. namun ada mereka peduli kerna hati kita yg rasa...

    hahahaha...syok gak perkataan rasa nie...berpusing2 dah aku gunakan..

    ReplyDelete