20 December 2009

sabtu lepas

Sabtu lepas, bukan seperti sabtu-sabtu yang lepas…sabtu itu adalah hari kedua dalam kalendar hijrah. Hari pertama kalendar Hijrah telah aku habiskan dengan tidur yang panjang..tapi malamnya aku habiskan di desa pandan.

Dan sabtu paginya juga, aku mulakan di desa pandan dan cuma akhirnya di katil juga. Sabtu ini lain sedikit…sabtu itu aku melihat sahabat baik dan yang terakhir dalam rakan sekumpulan ku mengakhirkan zaman bujang. Kini hanya tinggal aku…

Wah perjalanan sangat jauh. Dari zaman hingusan hingga ke menara gading, masih bersama dengan sorang nie, xtahu kenapa. Yang lain sudah menjauh, tidak menjauh sangat. Biasalah orang kata semua letak di hati, sejauh mana menhargai persahabatan itu. Tidak pula merasa, perkahwinan ini menandakan berakhirlah persahabatan dengannya, cuma membuka era baru dan mungkin batas yang lebih tinggi. Mungkin waktu senggang yang lebih kurang dari selalu. Tapi mungkin juga sebaliknya.

Dan kucatatkan ini sebagai cebisan nota dalam hidupku sendiri. Semoga bebahagia sahabat kerana kau memang berhak merasa bahagia itu setelah sekian lama. Semoga segala impian mu tercapai dan akan ku sampai kan nanti pada zuriatmu betapa kau suami isteri diraikan dengan penuh gemilang.

No comments:

Post a Comment