Review for Slumdog Millionaire

0 comments

Tajuk Filem           : Slumdog Millionaire
Pengarah               : Danny Boyle
Pengaran Bersama : Loveleen Tandan 
Tarikh Tayangan     : 9 January 2009 (UK)
Anugerah               : 4 Golden Globe Award termasuk filem terbaik.







Sinopsis:
Kisah mengenai Jamal Malik yang mempunyai satu soalan lagi sebelum bergelar jutawan jika menjawab soalan terakhir dalam program 'Who want to be a millionaire?' versi India. Namun dia mempunyai satu hari lagi untuk diharungi dan ia penuh dengan soalan-soalan lain yang lebih kompleks. Kali ini ia ditanya oleh seorang pegawai polis yang cuba menyiasat adakah Jamal Malik menipu dalam permainan ini. Dalam suasana penuh tekanan Jamal Malik menceritakan satu persatu bagaimana beliau dapat menjawab soalan-soalan tersebut hingga berjaya soalan terakhir dalam permainan tersebut. Kenapa dia dipersoalkan? Ini kerana Jamal Malik hanya seorang yatim piatu yang bekerja sebagai pembancuh teh dan budak jalanan di bandaraya Mumbai itu!








Antara pelakon adalah Anil Kapoor sebagai pengacara rancangan "Who Want To Be A Millionaire?". Lakonan berkesan Dev Patel sebagai Jamal Malik, Madhur Mittal, Freida Pinto, Irfan Khan dan ramai lagi.




Ulasan:
Saya tidak menduga filem ini sehebat ini. Penuh konflik dalaman, keterujaan, gembira dan suspen. Memang sudah tentu tidak dapat dipisahkan dari filem-filem hindustan yang lain ialah soal cinta dan kekeluargaan. Filem ini layak digelar Filem Terbaik. Berapa banyak filem yang mempunyai unsur-unsur seperti dalam filem ini. Filem ini juga melihat dari perspektif seorang budak jalanan (masih ada unsur-unsur hindustan) tapi lebih jujur dalam mengambarkan India yang sebenar. Saya rasa begitu tersentuh dengan hubungan adik-beradik antara Jamal dan Salim, bagaimana mengubah hidup mereka mengunakan jalan yang bahaya. Bagaimana Jamal pula melihat abang semata-mata sebagai manusia tidak berguna. Babak kematian ibu Jamal juga punya impak yang sangat tinggi, melihat bagaimana pengarah cuba mengambarkan krisis agama di India dan impak kepada golongan yang ditindas sangat jelas.




Filem ini dalam sedar mengangkat isu-isu mrngenai kanak-kanak di India dan dunia seperti penderaan kanak-kanak, penculikan kanak-kanak, buruh kanak-kanak, pelacuran kanak-kanak, sindiket peminta sedekah, pendidikan kanak-kanak dan kebajikan kanak-kanak. Isu lain yang dapat dilihat adalah isu kemiskinan, setinggan dan gengterism. 




Juga dilihat bagaimana terdapat komplok masyarakat akan terus memandang kepada orang seperti Jamal dan merasakan beliau tidak layak menang dalam rancangan tersebut. Filem yang patut ditonton oleh seluruh dunia sempena perlantikan Obama sebagai Presiden Amerika, walaupun tidak ada kena mengena sebaliknya dapat menyedarkan kita selalu bergantung pada harapan yang belum pasti.







More

The Curious Case of Benjamin Button

1 comments
Semua orang kalau boleh ingin saat-saat akhir kehidupan di dakapan orang yang tersayang. Wah sangat romantik, bagaimana pula kalau ia berupa begini...




Maksud saya, memang begini. Perempuan itu bukan ibu bayi tersebut tapi kekasihnya. Bagaimana?
The Curious Case of Benjamin Button, melihat susur kehidupan manusia dari sudut berbeza. Kisah seorang manusia yang kehidupan bermula usia tua ke muda. Memulakan kehidupan di rumah orang-orang tua sebelum mengakhirinya di rumah yang sama. Pelik tapi hakikat dunia sekarang di mana kita yang dilahir normal akan di asuh di taska dan kemudian jika nasib kurang baik berakhir di rumah orang-orang tua.
Filem yang dimulakan dari perspesi Benjamin Button mengenai kehidupannya, di mana dia gigih untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan walaupun kekangan usianya menhalang. Benjamin seperti kanak-kanak atau remaja lain cuba mencapai sesuatu dalam hidupnya sebelum mencapai zaman 'tua'nya sendiri. Namun dia sedar, masalah yang dilihat sebagai kelebihan oleh orang lain tidak begitu menarik jua apabila dia mula mempunyai zuriat sendiri. Bagaimana di saat anaknya sendiri mececah remaja, dia sendiri juga berusia begitu. Dia mempersoalkan kaliber dirinya sebagai seorang bapa dan suami kepada isteri yang dicintai apabila usianya semakin muda dari ke hari. 
Saya rasa filem yang sangat bagus untuk ditonton ini, perlu diberi lima bintang atas lakonan berkesan Brad Pitt sebagai Benjamin Button dan Cate Blanchett sebagai kekasihnya. Filem ini antara filem yang tercalon dalam anugerah Golden Globe tahun ini walaupun tewas di tangan filem British Slumdog Millionaire. Saya kini masih mencari filem 'the reader' selepas membaca novelnya dan lebih lagi setelah Kate Winstlet menang pelakon pembantu terbaik untuk filem ini untuk watak sangat tragis dalam novel yang penuh memerajatkan ini.
More

Selamat Hari Jadi Untuk Elle

2 comments
* ENTRI INI AKAN DIEDIT LAGI




Sudah 28 Tahun
Dalam gurauan aku, ada pula yang beria mengucapkan Selamat Hari Lahir pada 9 Januari lepas, terasa malu pula bila dirai begitu. Apa yang pasti, aku lebih gembira bila diraikan oleh keluarga tersayang walaupun terlewat sehari. Rasanya lebih bermakna dan menjadikan sabtuku lebih gembira.








RAMFC
Sudah pasal harijadi, sekarang aku ingin membawa kenangan setahun lepas. Aku tidak menyangka minat membaca buku telah membawa aku mengenal orang-orang baru dalam dunia yang serba indah ini. Sukar untuk aku huraikan dengan kata-kata. Tapi apabila pertemuan yang aku nanti-nantikan dengan penulis novel kegemaranku Ramlee Awang Murshid antara rentetan perjalanan yang menarik dalam sesi 2008. Tidak dijangka pertemuan singkat di PWTC kini membawa kepada perhubungan bagai abang dan adik. Selain selalu berhubung demi tujuan kelab yang kini berdomain sendiri, aku juga dapat serba sedikit nasihat dalam menjalani kehidupan seharian.




KERJA KAHWIN
Selain kelab makin hari makin gah. Aku tidak lupa kenangan menghadiri perkahwinan rakan-rakan sepanjang 2008. Harap bahagia hingga ke anak cucu.
FIKIRAN-FIKIRAN DALAM HIDUPKU
Detik-detik bersama anak-anak saudaraku juga tidak lupakan. Lebih-lebih lagi ketika Fiqriat Fehmy persembahan di konsert tadikanya. Rasa baru semalam mengedongnya di tangan, kini sudah berlari dan pantas menjadi abang kepada dua adiknya. Kini pula sudah masuk Taski, tahun keduanya dalam persekolahan Pra-sekolah.
Tahun ini juga melihat, abang kechik a.k.a Fiqri Al-Baqri ke C.E.C. Apa pula ragam si manja di sekolah nanti, yang pasti perbendaharanan kata akan bertambah selain 'No! No!' dan tidak lama lagi menyanyi dondoi untuk adiknya sendiri.
Kedatangan Fiqran Danial amat terkesan tahun ini. Dengan aku dan yang lain kurang kisah mengenai kandungan kakak aku kali ini, mungkin terma terbiasa itu dipandang enteng mulanya, Walaupun terbiasa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga Din, tapi kali ini dia datang dalam keadaan cemas. Mungkin bagi semua orang penyakit kuning adalah penyakit biasa, tapi melihat kakak aku panik hari tu, aku sendiri jadi tak keruan. Ialah tidak pernah pulak abang-abang Fikran terpaksa di tahan di hospital semasa baru lahir ataupun hingga besar kini. Nampaknya kami perlu lebih hati-hati kini. Alhamdulillah, akhirnya Fiqran sampai juga menetap di kediaman Din ini.










KARIER
Aku juga terlupa keputusan aku meninggalkan tempat kerja lama. Demi kerana rasa seperti ditindas, tindakan mereka membuang rakan tanpa notis atau amaran membuat aku rasa kurang selesa meneruskan kerja situ. Lantas pula, selepas itu, syarikat tidak stabil sampai sekarang. Segala perancangan seakan goyah, Manusia tamak memang tidak akan berjaya dalam dunia. Nasib aku agak, sebentar sahaja berhenti kerja, ada pulak orang menawarkan kerja lain untuk. Memikirkan kereta yang harus dibayar tiap bulan, aku mengambil tawaran dan terus bekerja di sebuah syarikat pembinaan di Jalan Klang Lama. Gaji walaupun kecil tapi keadaan, tempat dan kerja agak lebih baik daripada tempat kerja lama. Walaupun ada kepincangan sana sini, tapi aku rasa inilah tempat paling baik untuk setakat ini. Tapi persoalan wang ringgit memang merosakkan kepala ini. Jadi aku mengambil inisiatif membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Harap tahun 2009 dapat memperkembangankan lagi pendapatan sampingan ini. Mungkin masa depan aku tidak perlu bergantung pada gaji bulanan lagi.
MASALAH SOSIAL
Ada beberapa perkara yang aku telah cuba bersama dengan rakan-rakan dan keluarga pada tahun lepas. Antaranya menikmati makanan 'Steamboat', menonton teater dan bercuti. Memandangkan aku seorang suka melepak di depan PC dari keluar berjoli, adalah satu rekod cemerlang tahun ini bila semua itu semakin kurang. Kehadiran rakan-rakan baru memang banyak mengubah diri ini.




POLITIKUS
Awal tahun ini, aku beria membuat liputan Pilihanraya Umum 2008, setiap ucapan Nurul Izzah dirakam aku ketika beliau membuat kempen di sekitar Lembah Pantai. Tidak lupa kedatangan Anwar Ibrahim yang betul=betul membuat Pantai Dalam sesak bangat dengan orang awan yang ingin mendengar ucapan beliau. Berpanas, berhujan, yang paling aku tidak akan lupa ketika berada di bangsa. Di mana mata ini melihat kebangkitan rakyat tidak dipaparkan di kaca tv tempatan. Wah begitu ramai dan begitu bersemangat semua cuba membuat perubahan pada Malaysia ketika itu. Dan ketika menunggu keputusan tampak semua bersatu padu dan bersetia kawan menunggu keputusan rasmi sama ada calon mereka menang atau tidak. Melayu, Cina atau India duduk bersepakat membawa perubahan yang lebih baik untuk negara pada tika itu. Kini aku tidak tahu bagaimana Pilihanraya itu mengubah Malaysia hari ini. Tampak tiada perubahan ketara hanya penuh dengan permainan politik yang terus kotor.
Banyak-banyak video ucapan Nurul Izzah yang dirakam aku, ada satu video yang dipaparkan dalam laman blog Anwar Ibrahim tidak pun dikreditkan kepada tuan empunya. Makna tidak aku kenal rakaman ini, kerana semua adalah sama seperti video amatur aku itu.
More

Bukan Superstar

0 comments




Lirik Lagu Bukan Superstar - Project Pop

Lirik Lagu Bukan Superstar - Project Pop

Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
kau yakin ngefans karena urang keren

Sexy badannya.. Mulan Jameela
cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
dekat denganku.. dialah aku..

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kata orang ku mirip Glenn Fredly
suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~

Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masya ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…
Lagu dari koleksi imeem samar-samar dan dalam playlist blog ini sekarang. Untuk nota, project pop kumpulan muzik jenaka indonesia dalam pelbagai genre lagu tapi berkonsepkan komedi sindiran. Lagu-lagu project pop yang lain diminati oleh elle adalah 'i will not survive', saduran dari lagi 'i will survive'. Saduran paling menarik sekali bagi elle.
More

The Readers - Sesi Gelap dalam hidup si Buta Huruf

0 comments
Keterangan yang lebih padat tentang buku ini boleh dirujuk di wikipedia  Buku ini sangat menarik dan pada mula bermula berahi anak muda kepada wanita tua dan kita merasa ia hanyalah cinta seorang lelaki muda kepada wanita tua. Tapi di pertengahan cerita kita lebih memahami apakah cerita sebenar yang ingin disampaikan.

Buku ini ditulis dalam patah bahasa inggeris mudah difahami dan tidak sukar untuk melangkah dari bab ke bab dalam satu malam. Saya memperolehi dari Pay Less Warehouse yang lalu. Sementelah ini antara koleksi kelab buku dari wanita kulit hitam terkenal Oprah Winfrey. Selalunya dalam program bual bicara wanita ada satu atau dua episod mengenai buku untuk kelab tersebut bagi musim rancangan itu setiap tahun. Selalunya buku -buku yang dipiolih tidak mengecewakan

Selalu juga berangan kalau RAMFC boleh jadi sehebat Oprah Book Club. Mana tahukan? The Readers harus dibaca, bagaimana orang sanggup menyembunyikan sesi gelap walau di saat genting. Juga menarik ia berlatar belakang zaman German dari tiga zaman berbeza, zaman 50an, 60an dan hingga hampir 80an. Ia juga mengambil peristiwa hitam dari zaman Nazi di German suatu ketika dulu.

Jika anda rasa karya agak berat untuk dibaca, mari sama-sama mencari filem the Reader yang sudah pun ditayangkan di beberapa pawagam di dunia. Di bawah ini adalah thriller the reader. Saya masih terkesan buku ini, agak sukar untuk saya jelaskan, saya rasa agak sedih ingin menonton filem ini pula. Tapi cerita ini boleh dikategorikan sebagai thriller, misteri dan sangat memeranjatkan.

More

Azam tahun baru

0 comments
baca lain-lain horoskop di www.saharil.com 
Saya mengucapkan selamat Tahun Baru.


Azam saya tahun ini adalah sama dengan tahun-tahun dulu, maybe tambah satu lagi iaitu cari laki nama azam kot. Hhahahahahahahahhaa....
Tahun baru juga ulangtahun perkahwinan kakak aku, this havoc cause dengan baby baru and macam-macam kerenah dunia yang aku akan lalui sendiri, hopefully go throught this new year with courage and determination.
 Good Luck for u all punya future undertaking. Keep Blogging, free our voices.
Dan lepas nie sila coundtown lagi untuk lapan hari akan datang yea.....larikkkkkkkkkkk....
More