30 January 2010

Dalam berfikir

Fikiran asyik berputar-putar memikirkan pelbagai perkara, sekarang aku selalu mengurung diri dalam bilik, kadang nampak macam tekanan perasaan sedang menhurung aku. Aku pun kadang tidak tersedar terhanyut dalam perasaan sendiri. Rasa rendah diri kadang juga menhantui aku. Mungkin aku sendiri perlu bertemu pakar dalam hal-hal hati, mana tahu aku juga pewaris sebahagian sakit bonda tue. Walaupun selalu minta dijauhkan.

Terkadang aku tidak tahu bagaimana ingin membina kepercayaan dari mereka yang aku percaya akan setia dengan ku sampai bila-bila. Ya, aku tahu, aku akan sentiasa mempunyai keluarga yang tersayang di samping aku. Tapi aku perlukan kawan yang setia dan aku juga perlu seorang untuk bersama aku sampai bila-bila. Aku rasa semua orang pun ada naluri yang  sama, tapi kadang juga masa seperti suntuk sahaja untuk mencapai atau melalui semua tue. Kerana dalam penjam sudah dekat dengan umur yang aku selalu berkira-kira itu.

Tidak juga boleh terus bermain-main, tapi tidak tahu kenapa terlalai jauh. Kadang terlarat duduk di tempat ku ni, Kadang terasa terlalu rutin. Kadang terasa tidak kemana-mana. Entah, susah juga membina diri ini. Harap kalau ada kawan yang terbaca, gerakkan aku dari kelalaian ini.

2 comments:

  1. up up up bangoonnn!!!!

    >>___<<

    isyaallah akan ada tuk semua tu elle.
    berdoa n lapangkan dada ~

    ReplyDelete
  2. Salam Elle,
    cari la teman utk luahkan perasaan,
    paling tidak luah kan atas kertas putih...
    bulel ringan kan sikit beban yg ditanggung...
    byk2 berdoa, mintak petunjuk...
    insyAllah..DIA maha pengasih lg penyayang..
    ^.^ cheer Up gal ;)

    ReplyDelete