01 March 2010

Kisah Blog

Sayang betul blog bersawang, mahu saja ku privasikan saja blog ini. Biar bila-bila suka saja baru aku layarkan sendiri. Jadikan jurnal peribadi. Tapi aku masih sayang, sebab sudah lama juga teman-teman yang masih berhubung di sini dan melalui blog kumpul kawan-kawan dan kenal hati budi masing-masing. Walaupun tidak termasyur seperti blog yang selalu aku ikuti. Macam blog sultanmuzaffar sudah menjangkau 8 tahun dan tidak lama lagi akan terbitkan dari koleksi entri-entri blognya yang berkaitan  seni dalam sebuah buku. Tentu saja aku tidak lepaskan peluang memiliki buku itu.

Ia sepertimana aku tidak akan melepaskan peluang memiliki novel Nizam Zakaria setelah sekian lama mengikuti novel-novel percuma beliau secara maya sebelum beliau kini bergelar pengarah drama berkaliber. Tidak lupa blogger-blogger yang aku anggap sebagai perintis penulisan blog tanah air yang kini lebih masyur dengan nama sindiket soljah Selalu keluarkan koleksi Blook beberapa naskhah dalam setahun. Mereka-mereka sudah tersohor dalam dunia penulisan blog, tidak menulis hanya suka-suka dan tidak berasas. Banyak yang berisi dan berilmiah.

Bercakap pasal blog juga, sudah hampir setahun lebih aku dan rakan-rakan perintis di RAMFC mentadbir blog kelab peminat Ramlee Awang Murshid. Bukan senang untuk mentadbir sebuah blog berkaitan dengan seorang tokoh dalam penulisan novel. Ia tidak seperti mentadbir blog peribadi dimana anda suka-suka boleh tidak meletakkan entri. Ini kerana blog berkenaan blog perantaraan antara saudara Ramlee sendiri dengan pengemar karya beliau. Maka apabila kadang terasa khilaf jika tidak memberi apa-apa entri terkini kepada ahli kelab ini. Sedaya juga melaporkan apa yang boleh dikongsi bersama baik mengenai novelnya, aktiviti terkini atau apa-apa acara berkaitan buku sendiri.

Bercakap mengenai blogging, mungkin trend blogging semakin dipinggirkan kerana rasanya Facebook sedang menguasai gaya hidup masa kini. Masakan tidak apabila pemimpin sendiri sanggup mempunyai akaun facebook sendiri untuk dilihat mesra rakyat.

Tapi aku tetap tabik kepada mereka terus berblogging terutamanya dari kaum-kaum ibu yang tidak saja berblogging secara sia-sia tapi membuah hasil tidak rasmi dari blog ini. Pendapatan meraka dari blogging pun sangat lumayan. Contoh ketara adalah Redmummy yang tidak perlu dikenalkan lagi.

Dari teman-teman ku kenal sendiri, aku rasa dari perkenalan aku dengan mereka di RAMFC, dan antara mereka dulu tidak memiliki blog, dapat ku rasakan mereka sangat keterdepan kini dalam penulisan blog dari aku sendiri. Yang boleh namakan adalah seorang yang aku kenali sebagai Frodo, blognya lebih ulasan isu-isu semasa. Tapi sangat menarik membaca ulasan beliau, kadang-kadang dipenuhi unsur humor juga. Blog Hakim, orang kuat RAMFC juga menarik membaca baik ulasan novel atau pun cerita seharian hidup beliau. Blog K.Illa juga menarik apabila dia menceritakan mengenai pengalamannya bercuti dan kadang berjumpa dengan teman RAMFC yang lain. Ada juga teman RAMians yang ikut bersawang seperti blog aku, contoh sue onn, yang tiba-tiba bercerita cendawan kembali.

Dari ramai-ramai teman RAMians, blog Budak Hutan paling menarik. Bukan sahaja susun atur blog menarik malah entrinya selalu dihiasi dengan gambar-gambar dari kamera DSLR yang diedit sendiri beliau. Beliau memang kreatif, ramfc beruntung ada moderator seperti beliau.

Tapi ramai-ramai RAMians juga, aku ingin sekali melihat saudara Web Sutera dan juga saudari Linda Amri satu hari nanti mengeluarkan Blook sendiri hasil ulasan karya mereka mengenai buku-buku mereka telah baca dan ulas di blog masing-masing. Rasanya sudah cukup kuota untuk membuat blook itu. Sudah tentu aku tidak lepas memiliki blook mereka ini.

Banyak lagi blog yang menarik bukan saja dari RAMians malah ramai lagi dari pelbagai genre. Kadang dalam aku membuat carian maklumat di enjin cari google, kerap kali carian aku cari dalam kategori blog sendiri. Ini mungkin kerana laman sesawang sekarang perlu dibayar untuk mendapat maklumat manakala blog masih di tahap percuma.

Tiba-tiba teringat pula pepatah yang diubah oleh blogger perintis di Malaysia suatu ketika dulu…harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan blogger mati meninggalkan blognya….aku rasa lebih kurang begini.

Jadi setelah aku fikir-fikirkan biarlah blog ini bersawang mana pun, biarlah hidup di alam siber ini, walaupun tidak banyak bahannya, tidak atau sedikit memberi erti.

7 comments:

  1. wah.. terharu + syahdunya kak elle.. mental mesti kuat k.. blog den pun makin bersawang2..

    ReplyDelete
  2. Salam ~_^

    sungguh terharu bila baca entry kek elle ni .. huhuhu...sob sob sob...

    Sumbangan Kak Elle sebenarnya lebih besar, beliau yang mencadangkan penubuhan Ramfc ni dan gigih mendapatkan input dari saudara RAM sendiri..

    beliau jugalah yang mendorong saya pada awalnya utk terlibat sama dalam projek kelabram ni..

    terima kasih semua ...
    terima kasih Catalina... eh...

    ReplyDelete
  3. o.O


    O.o









    rindu kak elle... musti bz-pz...
    ekekekekeke~

    ReplyDelete
  4. wahhh terharunya... itu bukan kerja mudah.. chaiiiyokkk..

    ReplyDelete
  5. uhukss ... tiba2 aku terharu ...
    hye elle ~ semakin gebuzz n jelita?
    ngehehhehehehhehe ~~


    >>____<<

    ReplyDelete
  6. salam elle,
    nice ^.^ dari hati yang ikhlas... u keep up the good work gal

    ReplyDelete