15 December 2010

Kembali

Setelah beberapa bulan berlalu….hari berganti hari…aku menulis kembali. Mungkin ini sahaja tempat untuk hati yang lara. Aku nak berambus dari sana. Rasa seperti diperkotak-katikkan sesuka hati oleh orang-orang di sana, Aku perlu cari tempat yang lebih baik untuk masa depan diri aku dan keluarga aku.

Hari berganti hari, masa sudah tinggal sipi, dan kawan telah jadi lawan. Hanya satu perkataan boleh mengubah semuanya. Aku tidak mahu tinggal, aku tidak betah lagi. Aku akan mula sekarang dan kau akan ketinggalan. Kau selalu berpura-pura di depan aku. Kau selalu berkata akan melihat aku sengsara, sekarang biarlah aku sengsara dan kau bahagia. Kau bahagiakan begini? Ini semua yang kau mahu terjadi. Salahkah soalan aku dahulu? Salah sangatkah? Betul sangatkah jawapan kau, siuman kah? logik kah? Kau fikirlah sendiri!

1 comment:

  1. Erm. Cacatan entri ini membawa banyak pengertian dan sisi pandang. Sabarlah, sahabatku.

    ReplyDelete