26 May 2011

Adab dalam Organisasi

Aku juga tidak mempunyai banyak wang. Tidak mempunyai wang cukup untuk berfoya-foya. Tapi mungkin itu kelemahan aku. Aku juga kurang meminta-meminta. Jadi aku kurang senang jika orang lain senang-senang mengambil kesempatan ke atas sesuatu yang sepatutnya member manafaat kepada semua.

Contoh jika perlu berniaga, tidak bolehkah berniaga mengunakan nama sendiri bukan mengunakan nama organisasi tersebut jikalau dia tidak boleh memberi apa-apa sumbangan atau manafaat kepada organisasi itu dari perniagaan beliau. Setidak-tidaknya mintalah kebenaran dan beritahu jika tidak mampu. Sedikit atau tidak organisasi dapat mempertimbangkannya.

Aku kurang senang jika ada orang memandai-mandai mengenai sesuatu perkara dan akhirnya lepas tangan begitu sahaja. Untung dia ambil.

Aku akan marah dan kurang senang untuk tempoh yang lama. Sukar aku membuang perasaan marah itu. Aku juga kurang suka jika mengunakan nama orgnisasi dengan berurusan dengan pihak tertentu tetapi yang mendapat manafaat adalah individu tersebut.

Itu sebab jika aku ada tujuan peribadi, aku lebih suka mengunakan nama sendiri dari nama organisasi. Walau pada hakikatnya aku mempunyai hak. Kerana hak bukan untuk disalah guna walau jika dari segi peribadi tidak menguntungkan anda tetapi sedikit sebanyak amal jariah dapat dilakukan.

Kerana Semua itu kerja Tuhan & Bukan kerja kau!

No comments:

Post a Comment