31 May 2011

Be Clean

250610_1801632647620_1443947283_31607261_3232537_n Sana sini bermacam pendapat keluar dengan lantang tapi sampai saat ini aku tak nampak lagi siapa betul-betul dapat memperjuangkan nasib manusia manusiawi di Malaysia ini walaupun hanya separuh nyawa sahaja.

Tiada lagi Tuah, tiada lagi Mat Kilau, tiada lagi Leftenan Adnan tapi tiadakah sidek, osman atau jalani yang sanggup berjuang kerana negara itu sendiri bukan kerana diri semata. Kata seorang sahabat, mana ada politikus yang memperjuangkan hak rakyat, semua memperjuangkan agenda peribadi semata. Baik yang memerintah atau yang memerangi pemerintah.

Tapi rakyat akan bangkit nanti bukan untuk pembangkang atau pemerintah tapi untuk rakyat sendiri. Sedarlah wahai pemimpin bukan kerana kamu mangsa keadaan atau mangsa fitnah kami akan mengundi, bukan kerana kamu suami kepada yang mengelarkan diri ‘wanita pertama’,Jauh sekali yang hanya memakai agama sebagai pakaian, Kami mencari yang ikhlas dan patriotik. Dan bukan berkepentingan dalam hal atau agenda sendiri. Yang memahami rakyat bukan menindas rakyat. Bangunlah pejuang-pejuang baru, kami akan menyokong!

No comments:

Post a Comment