23 May 2011

Hari ini

Hari ini adalah hari Isnin, hari paling orang bekerja di ofis tidak akan suka hari ini. Kerana hari ini walaupun permulaan minggu baru bagi semua orang adalah bermakna hari mereka terpaksa bekerja. Bukan terpaksa, tapi dalam erti kata sebenarnya adalah harus.

Memandangkan mereka kebanyakan bukan seperti Leha dalam slot Akasia yang mana bapaknya adalah ahli perniagaan berjaya, lalu Leha boleh fokus pada masalah cinta dari masalah duit. Atau mereka adalah Azman yang hidup mengejar cinta Leha. Lagipun kalau dapat kahwin dengan Leha dah tentu hidup Azman akan senang.

Mereka hanya hidup umpama kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam dan kalau ada kais lain akan disimpan untuk esok. Kalau ada duit lebih boleh disimpan untuk beli Ipad II. Akaun tabung haji pun belum dibuka lagi. Walaupun 2012 adalah tahun dikatakan akan tamat hidup semua makluk di dunia ini. Takut itu ada. Berani itu tidak pasti.

PTPTN harus dibayar sambil-sambil itu dahulukan LCD TV untuk rumah kelihatan moden. Supaya namapk terus maju di dunia ini, P1 Wimax ditukar kepada UNIFI. PC ditambah RAM & ditukar OS. Apalagi, apalagi harus didahulukan?

Dan akhirnya minyak naik. Semua rancangan tinggal rancangan sahaja. Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment