24 May 2011

Lelaki Semuanya Sama

‘Lelaki semuanya sama’. Tulah ayat cliché untuk orang lelaki dari orang-orang perempuan. Tapi bagaimana perumpamaan moden ini hadir. Moden ke?

Melalui perhatian aku perumpamaan ini ditujukan kepada lelaki tidak setia. Tapi aku pasti bukan semua lelaki tidak setia kerana lelaki yang ada dalam hidup aku, sampai sekarang tidak berganti pasangannya walaupun ruang kosong itu memang ada. Dia masih ingatkan bekas isteri dia mungkin? Atau dia juga tidak mahu kecewa lagi.

Bagi aku terma ‘Lelaki Semuanya Sama’ hadir bila mereka melupakan tanggungjawab mereka. Mereka mula bercakap mengenai sunnah Nabi tapi terlupa pula sunnah-sunnah yang lain. Mereka meletakkan diri mereka sebelum orang yang sepatutnya. Walaupun sudah ditulis dalam kitab bahawa mereka perlu mengutamakan orang-orang penting dalam hidup mereka sebelum diri mereka sendiri. Yang pasti terma ini kadang hadir mengejut, apabila lelaki yang kita sangka adalah bapa contoh, akhirnya berubah sekelip mata. ‘Sekali air bah, sekali pantai berubah’. Akhirnya kita menanggukkan kepala pada terma itu.

Jangan disalahkan usia, jangan jadikan sunnah sebagai alasan, jangan jadikan isteri yang sudah lanjut usia sebagai alasan. Walhal maksud ‘mampu’ itu harus anda fahami sebaik mungkin sebelum anda beringinan yang lain. Aku mula terfikir, apabila kita sudah melalui semuanya seperti menghantar anak ke sekolah, melihat anak mendapat segulung ijazah, masih tegakah untuk memulakan semuanya sekali lagi? Tapi itulah manusia, masih belum puas hidup di dunia. Walaupun ajal semakin mendatang. Dan aku berfikir juga, kalau ada kekayaan tapi tiada kesetiaan, tidak akan habis apa yang dikejar. Kejelah sampai tua.

No comments:

Post a Comment