21 May 2012

Catatan Nan Bersilang

Catatan tidak bergaya ini bermula dengan kecewa kemudian mungkin diakhir dengan harapan. Makin meningkat usia, nampaknya pendapatan ada meningkat sedikit namun tidak mencukupi untuk menikmati nikmat dunia ini. Penat memikirkan bulan ini, parah mungkin jawapan. Walaupun banyak juga hutang telah dilangsaikan. Tinggal hanya hutang dengan institusi kewangan dan berkaitan dengan pinjaman.

Mencari rezeki yang lebih baik antara yang bermain diminda, namun tersekat memikirkan kesihatan ayahanda yang mungkin tidak akan mengizinkan kita bertolak jauh. Namun hati masih mencari juga, Mana tahu ada rezeki yang tidak kita ketahui, belum dibukakan hijabnya. Sabar itu adalah balasan yang baik. Terasa benar apabila berbuat baik akan dibalas baik. Akhir-akhir ini ada juga pulangan yang lumayan.

Harap sangat selepas Ramandhan nanti, dapat juga kita mengorak langkah ke arah yang lebih baik. Insyaallah. Izinkanlah hamba mu membalas jasa kedua orang tua dengan lebih.

No comments:

Post a Comment