10 September 2012

Resah

Kau mampir dalam dakapankanku 
Kau meresah mengenai hidupmu
Hidup yang tidak perlu resah
Resah mengenai mee sepinggan

Resahmu hanya pada ulah tangan kirimu
Resahmu hanya pada ulah tangan kananmu
Yang keduanya belum memahami erti dosa
Yang keduanya belum memahami erti neraka

Kau bercakap memgenai keadilan
Keadilan apa yang kau cari?
Aku kurang pasti
Khuatirku jika kau tahu keadilan tu memang sudah tiada
Sudah lama
Sejak manusia pandai memasang dua

Tiba aku jadi resah
Andai kau tahu neraka kurang ditakuti tika dewasa
Dosa perkara enteng teka mu dewasa
Maka terkapailahmu dalam syurga dunia

Lalu ku dakapmu sekuat hati
Janji hari esok tidak kan berlaku.

No comments:

Post a Comment