29 March 2013

Jauh Perjalanan

Sambil menelaah Kembara Sastera Nizah Haron, aku terfikir, betapa jauh berjalan betapa sedikitnya kita tahu. Betapa kita bukan apa-apa walaupun kita merasa kita sudah gah di pentas dunia ini. Betapa kita ghairah mengejar kegembiraan dunia, kita terlupa pada kesusahan yang melanda. Selepas itu, kita menyalahkan dunia atas kesulitan kita hadapi. Kita bertanya dimana teman duka kita padahal bila gembira kita hanya sendiri. Kita mengungkit segala yang lepas untuk dijadikan alasan peristiwa hari ini. Kita merasa tidak tercalar dek dosa kerana telah merasa terlalu baik dengan kebaikan yang telah dilakukan. Dan kerana kita merasa terlalu sempurna hingga alpa bahawa kita manusia tidak pernah sempurna. Walaupun hakikat itu telah kita ketahui tanpa kita sedari kita menafikan untuk diri kita sendiri.

Memandang kiri dan kananku, aku hanya menulis tinta ini untuk menyatakan aku terus mencuba menjadi  baik lebih pada hari esok untuk mereka yang terus berada di sisi ini.

No comments:

Post a Comment