08 March 2013

Kita haruslah faham...kita bukan sesiapa sebelum kita menjadi sesiapa

Entri ditulis untuk diri sendiri
Hari semalam ada berita gembira untuk aku
Selalu aku kongsi dengan rakan-rakan rapat
Tapi semalam agak tawar
Walaupun sepatut gembira
Seawal jam 9 aku telah tidur
Cara menyambutnya agak serabut
Hanya dua orang sahaja yang tahu ketika ini
Rakan rapat juga

Aku faham sekarang
Aku bukan sesiapa pun
Sehingga aku menjadi sesiapa

Jawatan sekarang memang tidak semegah mana
Dah cukup bagus untuk diri ku
Ada benda lain yang ingin ku capai
Cuma terhenti sedikit dek kerana tiba-tiba hidup menjadi pahit
Lantaran itu aku tangguh seketika untuk mencari arah semula
Aku tidak kejar harta
Aku ingin beri kehidupan yang baik untuk ibu bapa ku
Aku harap samar-samar adalah sementara sahaja
Aku tahu ibu ku ada berdoa
Kerana nampak doa telah dimakbulkan
Begitu juga bapak ku

Maafkanlah rakan-rakan yang murka
Moga kalian faham, aku juga murka pada kalian
Masa sahaja menentukan
Juga mungkin masa mencari rakan-rakan baru
Sebab kebelakangan ini, hasrat ingin mencuba sesuatu yang baru semakin menebal
Mungkin akan digelak teman yang lama
Tapi tak cuba tak tahu

Akhir kata, walaupun entri ini untuk aku
Aku tahu ada orang sedang membaca
Terima kasih kerana setia membaca dari dulu
Tempat ini sepatutnya hanya sarang untuk luahkan isi hati
Tidak aku tahu akan dibaca lagi

No comments:

Post a Comment