21 June 2016

Leha: Kisah Jurubeli Peribadi

Masa: Hujung Minggu Kedua Ramadhan – 0900 Malam
Tempat: Festival Vendor {FESTIVAL BERGAYA NO.1 DI MALAYSIA)

Leha tawaf dari reruai ke reruai. Tanpa rasa lenguh atau kepenatan seperti semalam di pejabat. Dari tengahari dia sibuk mengambil pesanan dari rakan-rakan Facebooknya yang entah siapa.

Pesanan diterima telah mencecah ratusan, leha tidak menang tangan. Lalu dia mendial no seseorang:
‘Jinna, kau kena tolong akak. Mari ke sini nanti akak bagi tahu apa nak buat’ lepas leha habis bercakap terus dia menekan symbol gangang diletak. Dalam fikiran leha, sementara tunggu adiknya sampai baik dia beli yang mana yang sempat untuk pelanggannya. Opps, bukan pelanggan tapi rakan facebook. Niat leha hanya ingin menolong rakan yang tak dapat hadir ke sini. 

Leha pandai mengklasifikasi pelanggan. Pelanggan yang cerdik sikit hanya dicaj yuran ‘Jurubeli Peribadi’. Pelanggan yang kurang mahir IT, Leha akan naikkan sikit harga barang dan tambah yuran ‘Jurubeli Peribadi’. Pelanggan yang memang tidak kisah asalkan dapat apa yang diinginkan, tentu tentu saja leha akan cajkan berganda. Leha akan jaga semua pelanggan dengan baik. Semua diklasifikan dengan teratur supaya apabila menjawab mesej mereka di aplikasi Whatsapp dia tidak tersalah menawarkan harga.

Dengan keuntungan perkhidmatan ini, leha akan laburkan dengan membeli beberapa helai lagi barangan di Festival ini. Lepas itu dia akan gunakan ayat pemasaran yang paling cemerlang di Facebook ‘Last Piece – Tiada Lagi di Pasaran’. Nanti rakan-rakan facebooknya pasti akan berdesup laju menhantar mesej ke telefonnya menawarkan harga yang tinggi. Leha akan untung berlipat kali ganda.

Leha pandai mempromo laman facebook dia. Di festival-festival membeli belah seperti ini, yang mana ada ramai artis, leha akan bergambar dengan artis-artis ini. Ini menyebabkan rakan-rakan facebook leha bertambah ramai dari hari ke hari. Leha kadang-kadang rasa seperti dirinya umpama selebriti.
Leha akan sentiasa akan pastikan dia memperolehi maklumat terkini mengenai fesyen tanahair. Supaya dia kelihatan lebih ke depan dari rakan-rakan Facebooknya. Leha akan tahu bila sesebuah butik maya akan melancarkan koleksi terbaru mereka.

Sudah sejam berlalu, adik leha pun sampai. Leha terus memberi arahan apa yang patut dibuat. Jinna hanya mendengar dan patuh pada arahan kakaknya. Kalau tak patuh, poket Jinna tak masyuk nanti. Dalam keluarga, leha memang pandai cari duit. Meniaga pelbagai produk tempatan dan luar negara. Walaupun namanya hanya Leha berbanding Jinna yang nama ala kebandaran tapi perwatakan mereka adalah bertentangan. Jinna tidak suka berfesyen. Jinna lebih suka duduk di rumah layan novel hipster, dengar lagu korea dan tonton filem melayu lama. Keluar hanya bila ada acara melibatkan pemuda-pemuda hipster. Dunianya hipster dan langka. Berada di festival kerana wang. Oh ya, Jinna tetap hamba wang seperti kakaknya Leha.

Mereka habis menjalankan tugas ‘Jurubeli Peribadi’. Leha dan Jinna periksa semua yang telah dibeli supaya tidak ada yang tertinggal. Jam pukul 11.30 malam.

Awi pemenang Penyanyi Fantasia Musim Ke-3 baru sampai bersama isterinya. Leha dan Jinna hanya mengerling melihat pasangan itu masuk ke dalam dewan. Leha seperti tidak kisah kerana sudah berulang kali berfoto dengan pasangan ini. Kemudian pengacara festival mengumumkan ketibaan pasangan itu dan mengatakan sebentar lagi Awi akan membuat persembahan. Leha dan Jinna angat semua barang simpan di dalam kereta. Kemudian masuk semula dan siap berdiri di depan pentas. Awi naik ke atas pentas. Bercakap sedikit dan kemudian mulakan nyanyian. Kelihatan Leha yang bergaya dan Jinna yang hipster melayan lagu Awi. Mana mungkin tidak, mereka antara pengundi no.1 Awi ketika Awi jadi peserta rancangan TV Penyanyi Fantasia. Mereka akan tetap sokong Awi sampai bila-bila walaupun seorang sudah hidup penuh bergaya dan seorang lagi begitu hipster. Ini kerana sebelum itu mereka hanya orang biasa yang melihat Awi penuh harapan bakal bawa perubahan pada Malaysia. Kononnya.

No comments:

Post a Comment