02 October 2016

ME 2016

Ke hadapan ayahandaku,

Rindu itu benar,
Sabar itu tiada kadangnya,
Dan kau jadikan aku seperti hilang di tahun ini,
Benarlah ayahanda,
Kau segalanya,
Kenapa aku lupa,
Kau benar menyayangi aku,
Bukan mereka,
Dan aku memang tidak sayang mereka,
Aku hanya mengharap sayangmu dan bonda,
Ayahanda, jangan pergi jauh dari hati anakanda yang selalu buta,
Jangan pergi jauh meninggalkan andaanda,
Jangan biarkan anakanda jauh dengan dunia ini,
biarlah anakanda tetap merindu ayahanda,
Jangan biarkan anakanda melupakan siapa anakanda yang ayahanda mahu,
Anakanda akan mencari jalan kepada Maha Kuasa,
Anakanda akan cari jalan supaya selalu dekat dengan Ayahanda.
Salam rindu Ayahanda.
Ayahanda tidak pernah mati bagi anakanda,
Ayahanda tetap hidup dalam diri anakanda.

No comments:

Post a Comment